no comments

Inilah Sebab Kenapa Baju Melayu Cekak Musang Ada 5 Butang

Inilah Sebab Kenapa Baju Melayu Cekak Musang Ada 5 Butang.jpg

Asal Usul Baju Melayu

Dipercayai telah digunakan sejak zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) iaitu lebih kurang 700 tahun yang lalu. Mengikut catatan dalam Sejarah Melayu baginda menyarung Baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin)).

Jenis-jenis Baju Melayu

Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa Baju Melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah Baju Melayu seperti sekarang.

Falsafah Baju Melayu

Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir di bawahnya melambangkan anak-anak mereka.

Tetapi pendapat ini di sanggah oleh Azah Aziz atau lebih dikenali dengan Mak Engku. Beliau berpendapat bahawa tujuh butir untuk kalangan bangsawan atau raja di istana. Ini bersamaan juga dengan salah satu seni pusaka orang melayu itu sendiri iaitu keris. Dalam rekabentuk keris = berlok 3 – 11. Lok 11 ialah milik Sultan & Ratu, lok 9 (Pewaris), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja.

Selain itu, lima butang di dada melambangkan lima rukun Islam yang harus menjadi isi dada pemakainya. Enam pesak di kanan dan kiri melambangkn enam rukun iman yg menjadi sangkar benteng pemakainya. Tiga poket melambangkan tiga tuntutan iaitu Islam, Iman dan Ihsan yg perlu dipenuhi. Tengkolok yang berbutang satu melambangkan kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa dan sunat bagi orang Islam menutup kepala.

Reply