no comments

Inilah NAMA Pewaris Takhta Johor….

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda dikurniakan seorang putera pada 14hb Oktober 2017 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Khabar gembira tersebut dimuatnaik dalam posting terbaru laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang merafak syukur kepada ALLAH SWT dan mengucapkan tahniah kepada pasangan DiRaja itu.

Pewaris takhta Johor iaitu anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Presiden Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pihaknya sukacita mengumumkan bahawa nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat melahirkan putera di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Pasangan diraja itu mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun lalu.

BHarian

Reply