no comments

INILAH LIMA GOLONGAN YANG PUASA TETAPI BANGANG!

INILAH LIMA GOLONGAN YANG PUASA TETAPI BANGANG!.jpg

LIMA GOLONGAN YANG PUASA TETAPI BANGANG!

Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan ibadah puasa dengan menahan perkata yang membatalkan puasa mulai dari terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari. Namun, ada berpuasa, tetapi bangang.

Lima golongan yang berpuasa tetapi bangang adalah mereka tidaklah mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga semata-mata, yang menghinggapi perut dan kerongkongnya. Amalan puasanya menjadi sia-sia kerana tidak diterima oleh Allah swt.

1. Berpuasa, tetapi tidak solat!
Ada sesetengah di kalangan umat Islam yang bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah puasa, tetapi malangnya, mereka tidak menunaikan SOLAT! Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadhan.

Amalan puasanya tergantung, kerana akan dosa besarnya iaitu tidak solat yang boleh jatuh kafir atau murtad. Solat adalah asas ibadah, jika tiada tiang semua binaan lain akan turut runtuh .

2. Berpuasa, tetapi niat puasanya tidak Ikhlas
Berpuasa bukan kerana Allah swt tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau semata-mata ter’paksa’ menuruti permintaan orang lain. Maka sia-sialah puasanya TANPA niat tulus ikhlasnya untuk beribadah kepada Allah.
Nabi ﷺ bersabda : “Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niat. Dan setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Berpuasa, tetapi bercakap Dusta
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” 
(Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

4. Berpuasa, tetapi berkata-kata perkataan yang tidak baik (kotor)
Mereka ini mampu menahan lapar dan dahaga, akan tetapi belum mampu menahan lisannya. Selama mereka berpuasa sering berkata-kata yanga tidak baik, berkata kotor, menggunjing, menggibah, dan mengadu domba. Bahkan ada yang berteriak-teriak tidak jelas tujuannya dan membuang-buang tenaganya pada hal yang sia-sia.

 
Rasulullah ﷺ bersabda, ”Apabila seorang diantara kamu berpuasa maka janganlah ia berkata kotor, berteriak-teriak (bertengkar), dan bertindak bodoh. Jika ada orang yang mencela atau mengajaknya bertengkar maka katakanlah : ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa (dua kali)’ ” (HR. Bukhari dan Muslim).
Menjaga ucapan tidak hanya diperintahkan ketika berpuasa saja, akan tetapi di setiap tempat dan setiap waktu.


5. Berpuasa Tetapi Masih Terus Bermaksiat dan tidak berusaha melawannya
Mereka berpuasa tetapi perbuatannya, pendengarannya, penglihatannya dan lisannya masih lagi melakukan perkara maksiat dan hal-hal yang haram. Tidak mampu menahan anggota badannya yg lain dari perbuatan maksiat biarpun tiada lagi godaan syaitan.

Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta tidak menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju seksi semasa membeli juadah.

Alangkah malangnya kita… apabila masih lagi melakukan kemurkaan dan kemaksiatan pada bulan Ramadhan kerana itu adalah diri kita yang sebenarnya. Tiada lagi godaan syaitan.

Wallahu a’lam.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close