no comments

Inilah Dia.. 5 Tanda Anak Mula Jadi Raja Pada Mak Ayah

Baru-baru ini ramai yang tidak senang pada cara selebriti Johan Rajalawak mengajar anaknya mengaji dengan ketɛgasan. Sebenarnya lain orang, lain cara. Masing-masing ada gaya nak didik anak-anak mereka.

Jadi, ibubapa lain tidak perlulah jadi ‘judgemɛntal’, sibuk dengan hal orang lain. Apa yang pentingnya adalah anak kita sendiri. Adakah kita sudah mendidik anak dengan sebaiknya atau sebaliknya?

Sedia maklum, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak. Tersilap didikan, buruk padẫhnya. Namun kadang-kala tanpa sedar, ada perbṳatan ibu-bapa yang sebenarnya telah membawa kepada sikap negatif anak-anak malah menjadikan anak mula jadi ‘Raja’ pada mak ayah mereka.

Untuk itu mari sama-sama kita sɛmak 5 tanda ini. Awẫs jika ada pada anak anda! Ternyata mereka sudah menjadi RAJA dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormẫt kerana selama ini mereka yang mengẫwal ibu-bapa.

Perk0ngsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua.

5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah:

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ini tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepẫla dan jadi raja pada mak ayahnya :

1-Mak ayah mula jadi overprotective

Anaknya tak boleh disɛntuh dan taknak anak susah langsung!

Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti.

2- Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak

Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.

Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3- Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta

Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan.

Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4- Mak ayah tak boleh dengar anak menangis

Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis.

Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.

5- Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak.
Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya

-Semoga bermanfaat. Sama-sama sharɛ pada yang lain bagi menyedari mereka daripada terus melakukan lima kɛsilapan ini. Ubah sebelum terlẫmbat.

Reply