Inilah Caranya Asingkan Tempat Tidur Anak Dan Ibubapa. Islam Menyuruh Ada Sebabnya
Dalam Islam, selepas anak-anak sudah mencapai umur tertentu, islam mendidik supaya diasingkan tempat tidur anak dengan ibubapa.
Kebanyakan ibubapa hari ini terutama di Malaysia mengamalkan cara co-sleeping atau tidak bersama-sama satu katil dengan bayi. Ini disebabkan ianya lebih praktikal dan memudahkan untuk memastikan keselamatan anak kecil. Tambahan pula pada tempoh itu, bayi masih menyusu badan.
Tetapi selepas anak mula membesar, sudah pandai dan bijak bertanya, mungkin ibu bapa sudah merasa tidak selesa lagi bila tidur sebilik dengan anak.
Mengasingkan tempat tidur anak dengan ibubapa cukup penting demi untuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Sikap anak kecil yang suka mengikut atau meniru tanpa faham akan baik buruknya boleh mengundang bahaya sekiranya terlihat aktiviti intiim ibu bapa mereka.
Dalam islam sendiri , Rasulullah S.A.W telah mendidik umatnya dengan hadisnya yang terkenal:
“Perintahkan anak kamu sembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, kalau mereka tidak melakukannya sehingga berumur 10 tahun, pukullah mereka, juga dipisahkan antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidurnya
(Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Kenapa kita sebagai ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur dengan anak?
1. Sekarang ini banyak kes porn0grafi, ketagihan sɛks sumbang mahram dan kɛs rog0l berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah tidak diasingkan dengan anak-anak.
2. Untuk menjaga pandangan anak dan menjaga aurat antara ibu bapa dan anak.
3. Kemungkinan besar untuk anak melihat hubungan intiim antara kedua ibu bapanya tinggi. Ibu bapa mereka menyangkakan mereka tidur, lalu anak mula rasa ingin tahu dan mencuba lalu akhirnya terjebak. Sememangnya ada kes-kes begini malah boleh beri kɛsan buruk kepada emosi anak itu.
4. Untuk mendidik anak tentang konsep privasi, ada rasa malu dan had antara ibu bapa dan anak-anak.
5. Demi menjaga keharmonian dan maruah setiap ahli keluarga.
Pandangan anak ini perlu kita jaga dan dielak dari terlihat aurat atau hubungan intiim ibu bapa.
Ada juga sesetengah ibubapa yang tidak sampai hati dan kasihan kepada anak kerana beranggapan waktu tidur adalah waktu paling mudah untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak, tetapi menurut pakai psik0logi, sebenarnya pandangan ini silap. Hubungan antara anak dan ibu bapa lebih mudah erat ketika waktu jaga.
Luangkan masa untuk bermain dengan anak serta berkomunikasi dua hala. Maknanya tidak timbul isu hubungan jadi renggang sekiranya berpisah tempat tidur. Selepas anak-anak bercerai susu, anak-anak ini sudah bersedia untuk dipisahkan tempat tidur. Sebagai ibu bapa kita perlu melatih anak-anak ini untuk tidur di bilik sendiri secara berperingkat.
Mulakan dengan berpisah tilam dalam bilik sama, kemudian perlahan-lahan pisahkan pula bilik tidur dengan ibu bapa. Proses memisahkan tempat tidur ini adalah sesuatu usaha yang agak memenatkan dan meletihkan, usaha ini bukanlah sekali buat terus jadi.
Proses ini akan mengambil masa dan kesungguhan ibu bapa dan anak itu sendiri. Tidak mengapan , bersusah-susahlah dahulu, nanti bersenang kemudian. Emosi dan fizikal anak ini perlu disediakan dengan baik agar ini tidak akan menimbulkan gangguan emosi dan trauma kepada anak-anak.
Isu ini sangat terkait dengan emosi anak-anak, mendidik rasa malu terhadap anak-anak dan kepentingan ruang privasi dan fizikal anak ( sudah lulus ujian toilet training).
Sebenarnya cukup banyak manfaat sekiranya ingin anak diasingkan tempat tidur dari ibu dan ayah jika diusahakan sejak anak masih kecil, anak akan menjadi lebih berdikari, tidak bergantung kepada anda 100% dan menjadi seorang yang berani.
Dengan usaha didikan ini, anak juga akan mempunyai rasa tanggungjawab bila sudah ada ruang peribadi sendiri dan mula menjaga kebersihan, penjagaan diri dan disiplin.
Kalau ibu bapa yang tidak mampu menyediakan rumah yang ada 3 bilik tidur, sekurang-kurangnya, kita hadkan ruang ibu bapa kepada anak-anak dalam tiga masa berikut.
a) Sebelum subuh
b) Waktu tengahari
c) Selepas Isyak
Ajarlah anak-anak mengenai adab minta izin masuk bilik ibu bapa
- Ketuk dulu pintu bilik ahli keluarga dengan cara ketukan sederhana
- Ibu bapa kena ajar cara mengetuk, jangan ketuk terlalu kuat.
- Pegang tangan anak-anak kita, kepalkan dan ketul, pesan juga kepada anak-anak jangan pukul pintu nanti habis terkejut orang yang berada dalam bilik.
- Berikanlah salam dengan Asalamualaakum walaupun nak masuk bilik sahaja.
- Tanya dulu, boleh tak nak masuk, bila dah bagi keizinan barulah masuk
Pendidikan mengenai sɛksualiti adalah bermula dari rumah. Ibu bapalah yang menentukan corak untuk mendidik anak-anak agar menjadi yang sihat fizikal, emosi dan mɛntal. InsyaAllah.