INILAH AGENDA 5F YAHUDI UNTUK MEROSAKKAN UMAT ISLAM
INILAH AGENDA 5F YAHUDI UNTUK MEROSAKKAN UMAT ISLAM
ADALAH SANGAT JELAS Pelbagai usaha dan rancangan jahat telah dilakukan yahudi dan nasrani untuk menghancurkan ketamadunan umat Islam di seluruh dunia ini.
Usaha para yahudi dan nasrani menghancurkan ummat Islam hampir setengahnya berjaya dengan agenda- agenda yang telah dirancang begitu halus dan sangat rapi hingga melalaikan serta menghancurkan ummat Islam.
Di zaman moden dan akhir zaman dimana Rasulullah telah meninggalkan kita lebih 1000 tahun, kita wajib berpegang teguh kepada ajaran Baginda sampai bila-bila. Solat dan sunnah tidak harus ditinggalkan. Kelak nanti ummat Islam akan hancur walaupun kita dijanjikan kemenangan di akhir zaman. Kemenangan yang asli ialah kemenangan mengESAkan tuhan yang satu di muka bumi iaitu Allah SWT.
Agenda 5F ini digunakan oleh mereka untuk merosakkan umat Islam:
1. Filem
Antara permainan yahudi dan nasrani bagi merosakan akidah ummat Islam adalah dengan hidangan rancangan filem di media. Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah umat Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya disebabkan oleh pengaruh filem.
Filem-filem yang memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana aksi berpelukan dan menjurus kepada perbuatan zina mempengaruhi emosi nafsu ummat Islam. Internet yang menjadikan dunia tanpa sempadan membolehkan penyaluran aktiviti zina terus ke mata ummat Islam. Hal ini menyebabkan runtuhnya iman ummat. Betapa hebatnya mereka ingin merosakkan dan melenyapkan agama Islam dari muka bumi ini.
2. Famili (keluarga)
Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan.
3. Fesyen
Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut trend peredaran masa. Tetapi hakikatnya ia #Jilake..
4. Fun (hiburan)
Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan nyanyian, sukan, artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan. Umat Islam juga terikat dengan gadget-gadget hinggakan terabai juga ibadah wajib kepada Allah swt.
5. Food (makanan)
Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi.
Begitu juga dengan francais McDonals yang merupakan penyumbang dana kepada Israel. Jenama dan produk-produk israel seperti minuman Cola-Cola turut menjadi pilihan ramai umat Islam kini.
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim yang beriman, berhati-hatilah terhadap 5F ini. Semoga kita tak terjerumus dengan permainan licik yahudi nasrani ini. Sentiasa beristighfar.. setiap malam sebelum tidur, apa yang telah kita lakukan hari ini kita muhasabah diri. Perbaiki segala kesilapan agar ianya tidak berlaku lagi pada esokkan harinya.