INILAH 35 USTAZ YANG DILARANG BERCERAMAH DI JOHOR – SHAHRIN SHAH
INILAH 35 USTAZ YANG DILARANG BERCERAMAH DI JOHOR – SHAHRIN SHAH
Sebanyak 35 pendakwah agama tersenarai dalam senarai tidak dibenarkan memberi ceramah agama di Johor.
Senarai yang dimuat naik oleh individu bernama Shahrin Shah di laman Facebook pada 1 Julai itu melibatkan ramai pendakwah-pendakwah agama terkenal seperti Ustaz Dato’ Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Ustaz Dr. Fathul Bari, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman.
“Assalam kpd sahabat2 ASWAJA Johor, muka2 ini semuanya tiada kebenaran berceramah d JOhor, adukan JAIJ jika ada makluman mereka menjejakkan kaki ke Johor utk berceramah. Atau boleh laporkan terus ke Bhgn Penguatkuasa atau Unit Aqidah Bhgn Penyelidikan JAIJ. Talian bebas tol 1-800-88-3072,” katanya.
Memetik laman TheHypeMedia, difahamkan, larangan itu dibuat kerana sebahagian dari nama yang tersenarai itu dikhuatiri menyebarkan fahaman Wahabi seperti di Perlis dan sebagainya.
Menurut sumber, hal-hal agama adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Bagaimanapun, senarai yang dimuat naik oleh individu berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen.
– TheHypemedia –
Semua penceramah agama itu bukan pendokong pas malah ramai yang menegur perangai pemimpin pas. Sebagai jabatan kerajaan yg dihuni ramai penyokong parti politik pas, tentulah mereka taksub menggunakan kuasa menghalang mereka dengan menggunakan alasan sesat, wahabi, takfir dll.