no comments

Ini PUNCA SEBENAR Kenapa Wanita Ini Memandu Gen2 Lawan Arus

PUNCA SEBENAR Kenapa Wanita Ini Memandu Gen2 Lawan Arus

Bermula dengan panik! Itu punca kenapa remaja perempuan ini bertindak memandu keretanya melawan arus di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi semalam, sehingga menyebabkan seorang maut.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, suspek yang juga model sambilan itu sedang khayal dan mendakwa ternampak sebuah lori besar yang menyebabkannya berpatah balik dan memandu secara lawan arus.

Beliau berkata, di kawasan Plaza Tol Sungai Dua Arah Utara itu, dia sudah merempuh tiga kenderaan lain sebelum memandu lawan arus sejauh lima kilometer.

Katanya, sebaik tiba di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dia juga mengakibatkan kemalangan lima lagi kenderaan sehingga menyebabkan seorang lelaki, 26, yang memandu Perodua Kelisa maut.

Kejadian itu turut dirakamkan seorang pemandu dari arah bertentangan, menunjukkan Gen-2 tersebut dipandu laju di waktu puncak, ketika ramai sedang menuju tempat kerja.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai baru sahaja pulang minum dari sebuah kelab malam bersama rakannya di Bukit Mertajam serta mengambil dadah dan ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Dua di sini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencingnya juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Suspek kini direman selama empat hari dan akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Reply