Ini Penjelasan Dari JAKIM, Selepas Ramai Percaya OldTown White Coffee Hidang Mee Kari B4bi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, sebelum ini telah menyerbu sebuah restoran terkenal, kerana disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal dalam mi kari yang dijual.
Serbuan itu dibuat berikutan tular rakaman video dalam media sosial mendakwa restoran terbabit menyajikan mi kari mengandungi bahan mentah disyaki daging b4bi.
Hasil pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran, anggota KPDNHEP menemukan bahan mentah digunakan dalam penyediaan menu mi kari untuk pelanggan.
Susulan itu, hasil selidik, ramai percaya restoran terkenal itu adalah OldTown White Coffe.
Namun, Komunikasi Korporat Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan berkata, semakan pihaknya mendapati premis makanan itu adalah pemegang SPHM dikeluarkan Jakim sendiri.
“Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya sudah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti.
“Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga mengunjungi cawangan Oldtown White Coffee berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan dakwaan yang tular tidak benar,” kata kenyataan itu.
Justeru, pihak Jakim menasihatkan anggota masyarakat lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu berita atau mesej tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti.
Selain itu, masyarakat juga digalakkan mengutamakan produk atau premis makanan memiliki SPHM yang sah kerana dijamin halal dan toyyiban serta mengikut garis panduan ditetapkan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk dan premis memiliki SPHM boleh melayari portal www.halal.gov.my atau melalui aplikasi SmartHalal.
Terdahulu, KPDNHEP telah menyita bahan mentah utama itu bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar. Pengurus itu juga mendakwa bekalan bahan mentah itu dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.
Hasil pemeriksaan mendapati premis itu memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang masih dalam tempoh sah hingga 30 November ini.
KPDNHEP Selangor turut menyita Sijil Halal JAKIM itu serta dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.
Menurut pengurus premis itu, dia mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak di restoran berkenaan.
Kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, iaitu apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.