Ini Cara Buat Air Nabeez. Minum Waktu Sahur Badan Bertenaga, Kurang Dahaga dan Lapar Sampai Berbuka
Masuk bulan Ramadan pasti ramai umat Islam yang mencari tips pemakanan terbaik untuk menempuhi sebulan berpuasa di bulan mulia ini.
Mana tidaknya, sebelum ini hari-hari kita boleh makan di siang hari tetapi bila tiba bulan ramadan kita tidak lagi boleh makan dan minum di siang hari. Jika pemakanan kita tidak dijaga dengan baik sudah pasti memberikan kesan kepada tubuh badan kita.
Lain orang lain caranya. Ada orang berpuasa sehari tanpa makan nasi semasa sahur tetapi boleh bertahan sehingga waktu berbuka. Ada juga orang tidak boleh tidak makan nasi semasa sahur kerana tidak tahan lapar.
Jadi kali ini kami ingin kongsikan satu minuman atau air yang dipanggil dengan nama air nabeez.
Air minuman Nabeez ini bukan satu resepi baru sebenarnya ianya sudah lama lagi wujud di dunia ini. Sebenarnya air ini adalah air sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Air minuman nabeez ni hanya menggunakan kurma dan sangat banyak manfaatnya bagi tubuh badan kita.
Selalunya air ini popular bila tiba bulan Ramadan kerana ramai orang buat air Nabeez ini untuk bersahur. Rasa air ini sebenarnya bergantung kepada jenis kurma yang digunakan. Jikalau kurma itu manis manislah air itu. Guna sahaja apa jenis kurma yang ada di rumah anda, khasiatnya tetap sama.
Untuk resepi air minuman Nabeez sebaiknya menggunakan kurma Ajwa. Ini adalah kerana kurma ajwa sememangnya sedap dan manis rasanya. Untuk pengetahuan, antara manfaat air minuman Nabeez ni adalah untuk memberi dan pemulihkan tenaga. Ianya sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Tambahan lagi, air minuman Nabeez juga mempunyai kandungan fiber yang tinggi untuk menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh badan kita. Ianya juga sangat bagus untuk menghilangkan sembelit atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit.
Selain itu, air minuman Nabeez ini juga memberi zat besi yang sangat bagus dan kaya dengan pottassium yang penting dalam menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah. Jadi, di bulan puasa ini bolehlah kita cuba untuk buat air Nabeez ini untuk bersahur.
RESEPI AIR MINUMAN NABEEZ
Rasanya sudah ramai yang tahu akan khasiat minuman Nabeez ini. Kurma di Malaysia pada musim bulan puasa ini sangat mudah untuk didapati. Apa lagi, bolehlah cuba untuk buat air ini nanti. Mari sama-sama kita ikut resipi untuk membuat air ini. Apabila siap nanti boleh terus minum atau nak diblendkan dengan susu sekali pun boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kurma Ajwa dalam bilangan ganjil
- Anggaran air dalam 1 gelas
CARA UNTUK PENYEDIAAN AIR MINUMAN NABEEZ :
- Ambil kurma dalam bilangan ganjil.
- Anggaran air dalam 1 gelas. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Kemudian, carik-carikkan isi kurma.
- Ada juga orang guna kismis tapi jangan campur ya. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
- Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
- Kalau yang berpuasa sahur esok, air ini dah boleh diminum.
- Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi. Amalkan masa perut kosong.
Tak susah pun untuk buat air Nabeez ni kan? Air ini adalah minuman berakali, mampu menolong membuang kelebihan asid pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Air ni juga dapat membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai detox untuk tubuh badan kita.
Disebabkan air nabeez ni tinggi dengan fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan akal fikiran. Agar kita tidak mudah lupa. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita cuba untuk membuat air nabeez ini di rumah masing-masing. Selamat mencuba!