no comments

Ingatkan Sampah Tengah Jalan, Siap Memandu Lawan Arus. Habis Kereta Ditahannya

Mana-mana manusia yang mempunyai rasa cinta terhadap haiwan tidak akan sanggup melihat makhluk bernyawa dibiarkan dalam keadaan bahaya. Apatahlagi keadaan tersebut boleh mengancam nyawa haiwan tersebut, selagi ia bernyawa, selagi itulah cuba diselamatkan untuk pastikan dia hidup.

Sekarang ini, macam-macam cerita kita dengar, ada juga yang tidak ada perikemanusiaan langsung. Sanggup buang kucing dari tingkat 10 tanpa belas kasihan. Tapi bukan semua macam itu. Masih ada yang mempunyai hati nurani dan belas ihsan kepada binatang.

Begitulah yang berlaku dalam satu video tular ini, dimana ianya telah mendapat respon hangat dari netizen. Seekor kucing telah dilihat terbaring di atas jalan dan tidak diketahui kenapa ia berada disitu.

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal telah ternampak kucing tersebut, lalu terus berpusing melawan arus jalan dan berhenti untuk menyelamatkan kucing itu. Kejadian tersebut telah meraih pujian netizen, rata-rata sangat memuji kemuliaan hati penunggang motor tersebut.

Lelaki itu bukan sahaja mengalihkan kucing tersebut ke tepi, tetapi bertindak membawa balik untuk pastikan kucing itu selamat. Ini antara komen netizen berkenaan kejadian tersebut.

“terima kasih kerana menyelamatkan anak kucing tersebut, semoga anda diberkati dan dalam lindungan Allah S.W.T. Amin..”

Kejadian seumpama ini bukan sahaja membahayakan kucing tersebut, ini juga boleh jadi punca kepada berlakunya kemalangan jalan raya melibatkan pengguna yang sedang memandu atau menunggang.

Banyak kes kemalangan telah dilaporkan dan antara salah satu punca ialah kerana mengelak kucing dari dilanggar. Kemalangan yang berlaku pula ada yang menyebabkan cedera parah, malah lebih menyedihkan, ada yang sehingga membawa kepada ajal.

Hal ini terbukti ,apabila satu kejadian kemalangan telah berlaku di Sarikei Sarawak dimana seorang lelaki yang memandu kereta maut selepas kereta Toyota Viosnya terbabas kerana mengelak kucing yang sedang melintas.

Banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan bukan sahaja kucing tetapi juga haiwan lain yang sedang melintas di tengah jalan. Sebab itu semasa kita memandu kereta atau menunggang, jika ternampak papan tanda lembu melintas di hadapan, pastikan anda memperlahankan pemanduan anda. Kerana dikhuatiri bakal mengundang kejadian yang tidak diingini.

Kisah penunggang menyelamatkan haiwan ini adalah satu inspirasi buat kita semua supaya sesiapa sahaja yang mempunyai hati mulia boleh bertindak untuk menyelamatkan haiwan. Jika tiada ganjaranya di dunia, pasti ganjaran menanti di akhirat sana.

Reply