3 comments

India M@buk Langgar Peniaga Hingga M@ti Diikat Jamin RM8000 dan Mengaku Tidak Bersalah

Statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu m@buk di negara ini kian membimbangkan.

Minggu ini sahaja sudah 2 kemalangan melibatkan pemandu m@buk. Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa.

Kini, hukuman yang ringan kepada pemandu m@buk tidak lagi releven di negara ini kerana peningkatan kes dari tahun ke tahun.

Mengikuti kes yang berkaitan pemandu m@buk sebelum ini, seorang lelaki India, G Ravi, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang sedang berniaga nasi lemak, Ahad lepas.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Roslinda Mohamad Isa, 44, yang sedang berniaga nasi lemak di tepi jalan Taman Bertam Indah, di sini pada 10 pagi, Ahad.

Pekerja ladang itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap 20 haribulan serta menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan kes.

Baru-baru ini juga viral satu video berkaitan kemalangan yang membabitkan kematian peniaga nasi lemak Roslinda Mohamad Isa, 44.

Dalam video berdurasi 2 minit 6 saat itu, kelihatan seorang lelaki India yang sedang mabuk bercakap sambil gelak ketawa setelah melanggar peniaga nasi lemak sehingga mati.

Video itu mendapat kecaman ramai kerana lelaki india itu seakan-akan tidak merasa bersalah melanggar orang lain sehingga mati dan masih boleh bergelak ketawa.

Ramai yang berpendapat hukuman yang dikenakan oleh pesalah pemandu m@buk tidak releven dan ringan. Seharusnya pihak kerajaan meminda undang-undang sedia ada supaya hukuman yang lebih berat lagi dikenakan kepada pemandu m@buk terutama kemalangan yang melibatkan kem@tian.

3 Comments

  1. Moses
  2. MUHAMMAD Radzi
  3. Mohd Yus

Reply