Pilunya… Ini Adalah Impian Besar Neelofa Pada Tahun 2017 Yang Masih Tak Kesampaian
Tiap kali memasuki awal tahun baru, rata-rata orang pasti memasang niat dan berazam untuk mencapai sesuatu impian sepanjang tahun itu. Demi melakukan perubahan hidup, ada yang berjaya dan ada juga impian yang masih gagal dicapai bergantung pada tekad, usaha serta ketetapan-Nya.
Itu yang berlaku pada aktress terkenal tanahair, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Md Noor yang kini sudah mencecah usia 29 tahun.
Biarpun sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan menikmati segala kesenangan/kemewahan, namun neelofa masih gagal mencapai satu impian besarnya pada tahun 2017.
Neelofa pernah berkongsi kepada Utusan Online mengenai impian untuk berkahwin pada tahun lalu (2017), dan tidak pernah berganjak daripada kenyataan yang dia sebenarnya sudah bersedia bergelar ‘isteri’.
“Kalau sudah sampai umur 28 tahun (2017) memang nak cepat-cepat berkahwin.”
Bagaimanapun Neelofa mahu melihat semua itu daripada sudut realiti, katanya semuanya kini berbalik kepada soal jodoh. Malah usahawan dan pengacara itu sendiri tidak tahu bila sebenarnya dia akan bernikah, sama ada tahun ini (2017) atau beberapa tahun lagi.
“Memang saya ada luahkan impian saya untuk berkahwin, malah saya sudah bersedia ke arah itu. Namun sama ada tahun ini (2017) atau dua tiga tahun lagi saya tidak tahu.
“Apa yang boleh saya doa kini bila sudah sampai masanya, diharapkan agar semuanya dipermudahkan dan tiada halangan besar,” katanya jujur.
Tidak mahu terburu-buru atau pun melatah dengan pertanyaan yang seringkali dipersoalkan kepadanya, Neelofa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.
“Yang pasti, saya sudah bersedia. Cuma dalam hal ini, saya tidak pernah menunggu, tak tergesa-gesa dan terfikir tentang siapakah calon yang sesuai. Dalam hal ini, ‘senjata’ saya hanya doa”
“Jodoh itu masih lagi rahsia-Nya dan saya percaya kalau niat kita baik, pasti akan dipermudahkan segala-galanya. Jadi sekarang ini, tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun payah,” katanya lagi.
Ditanya tentang kepercayaan orang tua-tua bahawa jodoh seseorang datang pada pasangan yang mempunyai paras rupa seakan-akan sama, Neelofa berkata hal itu tidak boleh disifatkan sebagai syarat untuk sesuatu hubungan yang berakhir di jinjang pelamin.
Sebaliknya, Neelofa yang kadang-kala mengisi masanya sebagai pelakon beranggapan, bagi seseorang yang ingin berumahtangga ciri utama yang diingini ialah pasangan yang mampu ‘menyejukkan mata’.
“Saya bukan tidak mahu percaya, tetapi memang susah nak jelaskan mengenai perkara ini.
“Bagi saya ciri-ciri perlu ada pada pasangan saya perlu melibatkan daya tarikan, persamaan selain selesa untuk berada di sisinya,”
Bintang drama ‘Suri Hati Mr Pilot‘ itu sebelum ini sering kali dikaitkan dengan gandingannya Fattah Amin kerana kemesraan yang dipamerkan antara mereka berdua. Namun, segalanya terpadam apabila jejaka itu mengahwini pelakon, Fazura pada November lalu.
Sementara itu, rata-rata peminat mendoakan neelofa segera bertemu jodoh pilihan hatinya dan ada juga yang offer diri mahu menjadi suaminya.