IBU RESTUI KEPUTUSAN FELIXIA
Felixia Yeap mengesahkan melalui laman sosial Facebook, keputusan untuk memeluk Islam mendapat restu daripada ibunya.
Dalam pada itu, Felixia enggan upacara pengislamannya mendapat liputan media. Dia tak benarkan mana-mana media membuat liputan. Felixia berkata, dia enggan beri sebarang penjelasan mengenai perkara itu dan berharap semua pihak menghormati privasinya.
Sebelum ini, timbul salah faham apabila majlis pengislaman Felixia yang difahamkan berlangsung di Hidayah Centre Foundation di Taman Melati. Menurut wakil pusat sokongan saudara baru Islam itu, Felixia diundang untuk memeriahkan pelancaran majlis iftar mereka dan bukan untuk acara pengislaman seperti yang disangkakan.
Semalam, timbul kekecohan di internet apabila Felixia menyangkal dia bakal menggunakan nama Rania selepas memeluk Islam. Kata Felixia, dia enggan memberikan sebarang maklumat mengenai pengislamnnya kepada mana-mana media untuk berlaku adil kepada semua.
semoga ramai yang memeluk agama Islam untuk menguatkan lagi Islam dan yang telah lama memeluk Islam akan berusaha untuk meningkatkan pegangan agama Islam….