no comments

Ibu Nak Pinjam RM300 Daripada Anak.. Ini Jawapan Anak Yang Buatkan Anda Sedih

Ibu Nak Pinjam RM300 Daripada Anak... Ini Jawapan Anak Yang Buatkan Anda Sedih.png

Kita kerap kali merungut dengan harga barang yang semakin naik dan kos sara hidup yang tinggi, kadang kita lupa tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas budi ibu bapa kerana perbelanjaan terbatas.

Kisah seorang ibu yang ingin meminjam duit anaknya ini bakal membuatkan anda rasa sebak dan terus hubungi ibu anda yang berada di kampung halaman.

“Nak, bolehkah ibu meminjam RM300? Ibu perlu untuk beli barangan dapur”

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya.

Dengan suara rendah disertai rasa malu berkata;

“Nak, bolehkah ibu meminjam RM300? Ibu perlu untuk beli barangan dapur”

Anaknya tidak langsung menjawab, dengan raut muka bersahaja dia berkata;

“Iya bu, nanti saya tanya isteri saya dulu ya..”

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis, lalu terfikir;

Pampers sudah mahal sekarang, lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers, RM60.

12 bulan x 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak-anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta dibalas, sekiranya diminta apakah nilai yang perlu dibayar???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan,dan semua itu ku terima dengan PERCUMA.

“Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi..”

“Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa”

Segera dia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis dia berkata: “Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, doakan anakmu ini agar selalu berbakti padamu”.

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

“Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdoa agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagiaan..”

Semoga Bermanfaat.

Tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dengan berkongsi kepada orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukanlah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula, ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.

Reply