Ibu Arwah Sandra Dituduh Membvnuh, Sengaja Cabut Mesin Hayat Anaknya Pada Hari Jumaat
Ujian buat keluarga Allahyarham Sandra Dianne datang bertalu lagi selepas kematian penyanyi itu. Keluarga arwah terutama ibunya terpaksa menghadapi bermacam-macam sangka buruk netizen terhadap Arwah dan dirinya. Sebelum ini kematian Arwah Sandra disifatkan sebagai ‘mati katak’, kali ini lain pula tuduhannya.
Ibu kepada Allahyarham, iaitu Nur Syakinah Abdullah, sekali lagi meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di laman facebook.
Kali ni, Syakinah dituduh menyebabkan kematian anaknya apabila membuat keputusan menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika berada di Uni Rawatan Rapi (ICU).
Menurutnya, komen yang ditulis individu berkenaan merupakan satu fitnah besar dan menggores hatinya serta keluarga.
“Allahuakhbar…banyaknya fitnah yang bertebaran, kuatkan hati hambamu ini Ya Allah! Kepada Eina Outlet, kami tidak tahu pula kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesar nun di negeri Kedah. Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang (bertarung nyawa). Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya fitnah besar yang harus saya pikul.”
“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya,” katanya difacebooknya hari ini.
Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi paparan skrin (screenshot) komen berbentuk tuduhan yang ditulis seorang netizen mempersoalkan pemergian penyanyi itu.
Individu menggunakan nama akaun Ena Outlet mendakwa Sandra meninggal dunia pada hari Jumaat selepas keluarga memutuskan menghentikan bantuan alat pernafasan.
Menjelaskan situsi sebenar, Ibu arwah memaklumkan anaknya sudah boleh bernafas sendiri setelah menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, sehari selepas pembedahan keadaan kesihatan anaknya semakin merosot.
“Untuk pengetahuan kamu dan juga semua orang yang membaca luahan hati saya ini, selepas tiga hari kemalangan iaitu pada hari Selasa, anak saya dah boleh bernafas sendiri dengan sedikit bantuan oksigen.”
“Pada hari Rabu dia menjalani pembedahan tube pernafasan untuk membantu dia bernafas sendiri tanpa bantuan mesin, sila rujuk gambar! Selepas pembedahan dia stabil pada siang hari Khamis itu, saya menjaganya di wad sepanjang hari sehingga ke malam, tak makan tak minum.”
“Keadaannya menjadi tenat mulai pukul 11 malam sehinggalah membawa kepada kematiannya pada pukul 1 pagi Jumaat. Ketika dia tenat, doktor bertungkus lumus untuk membantu dia,” katanya.
Kecewa dengan tuduhan tidak berasa itu, Syakinah berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
“Dimana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sendiri menyuruh doktor mencabut mesin pernafasannya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?”
“Ini fitnah dan saya akan saman kamu! Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan!”