Ibu 2 Anak Berậnikan Diri Tunggậng Motosikal Sejauh 200KM Seorang Diri Demi Jenguk Suami Terlantar Sậkit
Kasih seorang isteri, sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 200 kilometer (KM) demi melihat keadaan suaminya yang terlantar sậkḭt di h0spital. Ibu kepada dua anak itu mengambil keputusan nekậd dengan menunggang motosikal hanya seorang diri dari Kampung, Benta ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Rohaizan Rozama, 41, mengambil risik0 tersebut demi suaminya, Razali Ismail, 45 yang dimasukkan ke HTAA sejak 12 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan akḭbat penyakḭt kậnser perut dan 0tak yang kini telah memasuki tahap empat.
“Semalam (Rabu) saya mendapat panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan suami akan menjalani imbasan magnetik resonan (MRI). Jadi perlu melihat keadaan dia (suami) di sana dan saya nekệd menunggang motosikal seorang diri kerana tak mahu susahkan sesiapa.
“Memang kami ada kereta tetapi apabila memikirkan keadaannya yang sudah uzur selain masalah parkir di hospital buatkan saya terfikir untuk menunggang motosikal sahaja. Saya mulakan perjalanan kira-kira jam 6.15 petang dan sampai ke HTAA kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya.
Dalam pada itu, Rohaizan mengakui gembira dan bersyukur kerana perjalanannya hampir enam jam untuk menemui suaminya lancar tanpa sebarang masalah.
Katanya, walaupun ada terdetik perasaan tậkut sepanjang perjalanan itu, namun menguatkan semangat untuk sampai ke destinasi dan bertemu suaminya.
“Rasa takut memang ada tapi saya hanya fokus ketika berada di jalan raya dan hanya terbayangkan suami.
“Sepanjang perjalanan saya hanya berhenti seketika di Jerantut untuk mengalas perut kerana seharian tiak menjamah makanan,” katanya.
Menceritakan penyậkit yang dihadapi suaminya itu, ibu kepada dua cahaya mata yang berusia tujuh dan tiga tahun itu berkata, penyậkit yang dihidapi suaminya itu hanya diketahui selepas mendapatkan rawậtan di hospital kerana sering mengadu sakit perut.
Katanya, suaminya yang bekerja kontrak sebagai tukang rumah itu telah menanggung penyakit tersebut sejak tujuh tahun lalu, namun enggan mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya hanya bergantung kepada ubat tahan sậkit sejak sekian lama.
“Buat masa ini anak-anak saya dijaga oleh adik ipar dan saya tak tahu sampai bila saya akan berada di hospital untuk menemani suami.
“Walaupun memikirkan tentang anak di kampung, namun saya perlu kuật untuk memberi semangat kepada suami agar dia dapat melawận penyậkit yang dihidapinya itu, ” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan meringankan bebận keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank (162012858359) atas nama Rohaizan Binti Rozama atau menghubunginya di talian 017-9622679.
-Semoga dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.