no comments

Husam Musa Dihalau Keluar Speaker Dewan Kelantan

Husam Musa Dihalau Keluar Speaker Dewan Kelantan

Speaker Datuk Abdullah Ya’kub, mengarahkan Datuk Husam Musa, selaku Adun Salor untuk meninggalkan (halau) persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas mengingkari peraturan Dewan.

Husam dikeluarkan pada penghujung persidangan, iaitu kira-kira 5 minit sebelum sidang DUN tamat.

Arahan itu dikeluarkan selepas speaker beberapa kali memberi amaran kepada Husam atas tindakannya mencelah dan mengganggu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang sedang menggulung titah Pemangku Raja Kelantan.

Husam sebelum itu bangun mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud yang bercakap mengenai isu sumpah, bai’ah dan lafaz taklik ketika sesi penggulungan.

Bagaimanapun, Menteri Besar enggan memberi laluan.

Speaker kemudian beberapa kali mengarahkan Husam duduk dan memberi laluan kepada MB untuk menyambung penggulungannya, namun terus diingkari Husam, menyebabkan beliau dihalau keluar dewan.

Husam ketika ditemui pemberita di luar dewan berkata, beliau terkejut selepas diarahkan keluar dewan, namun bertekad terus hadir persidangan DUN akan datang.

Sementara itu, MB Ahmad Yakob berkata, setiap adun perlu mematuhi peraturan dewan kerana kerajaan memberi peluang berbahas semalam, namun Husam tidak menggunakan peluang itu.

FMT

 

Reply