no comments

Huawei Dikesan Membangunkan Sistem Pengecaman Wajah Etnik Uyghur, Disyaki Berk0mplot Dengan Penῖndằsan

Huawei kini boleh dikatakan sedang berada didalam keadaan yang agak sukar kerana sekatan yang dikenakan keatas mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri menggunakan teknologi mereka untuk mengintip bagi pihak kerajaan China.

Huawei telah menafikan isu ini, tetapi laporan baru daripada IPVM, sebuah laman web yang memfokuskan kepada sistem kamera dan pengawasan baru-baru ini telah melaporkan bahawa Huawei telah membantu syarikat teknologi kecerdasan buatan terbesar di China, Megvii untuk membangunkan sistem pengecasan wajah orang Uyghur.

Menurut IPVM, sistem kecerdasan buatan ini dibangunkan oleh Megvii, dimana Huawei membantu syarikat tersebut dalam membekalkan komponen-komponen seperti mesin pelayan, storan dan teknologi rangkaian.

Malah, Megvii dikatakan menggunakan platform awanan FusionSphere keluaran Huawei untuk merumahkan sistem kecerdasan buatan dan pengecaman wajah mereka.

IPVM telah menemui sebuah dokumen yang disimpan secara terbuka di mesin pelayan Huawei di Eropah, dan apabila ditanya mengenai penglibatan syarikat teknologi tersebut didalam membangunkan sistem pengecaman wajah ini, dokumen tersebut telah dibuang dengan cepat daripada mesin pelayan Huawei.

Dokumen tersebut, yang bertarikh 8 Januari 2020 tersebut menunjukkan bahawa Huawei telah berjaya menguji sistem pengecaman wajah Megvii menggunakan kelengkapan mereka sendiri, yang dinamakan “Uyghur Alarm”.

Ia juga mengatakan bahawa sistem pengecaman Uyghur Alarm ini melepasi ujian pengecaman orang berdasarkan umur, jantina dan bangsa seseorang yang diimbas wajahnya.

Lebih teruk lagi, sejumlah syarikat teknologi dan pembangun kecerdasan buatan China yang lain, seperti HIKVision, aihua dan Univision juga telah membangunkan sistem pengecaman wajah yang boleh menjejak warga China yang berbangsa Uyghur ini.

Selain itu, dokumen tersebut turut memperlihatkan sistem yang dibangunkan dijana cip NVIDIA Tesla 4. Tidak diketahui jika NVIDIA mengetahui cip ini digunakan untuk tujuan tersebut atau sebaliknya.

 

 

Sebagai respon selepas laporan mengenai perkara ini disiarkan, jurucakap Huawei telah menyatakan laporan tersebut adalah ujian dan belum digunakan dalam mana-mana aplikasi secara nyata. Tambahnya,

“Huawei only supplies general-purpose products for this kind of testing. We do not provide custom algorithms or applications.

Huawei juga telah memadam dokumen tersebut. Bagi Megvii pula, pihaknya menyatakan sistem tersebut tidak dibangunkan untuk menyasarkan atau melabel kumpulan etnik.

Namun, kerjasama antara Huawei dan Megvii ini membuktikan bahawa kemungkinan lebih banyak syarikat lain yang membangunkan pengawasan video atau pengecaman wajah di China turut terlibat dalam penindasan etnik Uyghur.

Walaupun mengeluarkan respon sebegitu, ia sememangnya tidak membantu Huawei dalam mendapatkan semula kepercayaan orang ramai terhadap isu pengawalan dan pengῖntipan besar-besaran yang telah mer0sạkkan reputasi mereka.

cc: amanz, wiser

Reply