no comments

Selepas Hina Sultan Johor, Ini Tindakan Pantas KDN Terhadap Zamihan

Isu mengenai Dobi “mesra muslim” nampaknya masih berlanjutan apabila penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zain menimbulkan balik isu itu, dengan menghentam titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Lantasan itu, Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat Zamihan, yang juga pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selepas didakwa mengkritik Sultan Johor pada Ahad lalu.

Timbalan Menteri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam pesanan teks kepada FMT berkata: “Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat perkara itu.”

Pihak polis juga turut menyiasat Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis menerima satu laporan yang dibuat terhadap Zamihan, setakat semalam.

Terdahulu, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mencabar menteri Umno bertindak ke atas Zamihan kerana mengkritik Sultan Johor dengan kasar.

Zamihan didakwa mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi di Muar menghentikan dasar “untuk orang Islam sahaja” bulan lepas.

 

Video ucapan kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Ahad itu kini tersebar kepada orang ramai.

Zaid berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom harus mengambil tindakan terhadap Zamihan.

Zaid juga berkata rakyat tidak sepatutnya menggunakan bahasa sebegitu dengan raja-raja.

“Sekalipun kamu tidak bersetuju dengan mereka, kamu perlu tunjukkan rasa hormat,” katanya kepada FMT.

“Kamu tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dari seorang penjawat awam.”

INFOKINI via FMT

Reply