no comments

Hina Nama Bapa, Watson Nyambek Report Polis!

Hina Nama Bapa, Watson Nyambek Report Polis!

Bekas pelari pecut negara Watson Nyambek membuat laporan polis terhadap TV3 dan pengacara kerana mempersendakan nama bapanya dalam program ‘Sukan Tak Sentral’.

Watson tiba di Balai Polis Pusat Miri kira-kira pukul 9.40 pagi disertai penyokong dan peminatnya, serta beberapa aktivis politik dan hak-hak suku kaum Dayak.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara pecut 100 meter ini menggesa pihak polis menyiasat motif di sebalik tindakan penyampai TV itu menghina dirinya dan bapanya.

Semalam, Primeworks Studio selaku penerbit rancangan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada Watson.

Terdahulu, Watson berkata bahawa beliau tidak kisah apabila dihina miskin dan bankrap tetapi tidak dapat menerima apabila bapanya dihina.

“Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan,” tulis Watson dalam Facebooknya.

Menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Reply