no comments

Padah Hina Kematian Adenan Satem, PTD (Kedutaan Malaysia di Filipina) Digantung Tugas

Padah Hina Kematian Adenan SatemPadah Hina Kematian Adenan Satem, PTD (Kedutaan Malaysia di Filipina) Digantung Tugas

Negara baru-baru ini telah kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa besar iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari 11 Januari 2017 di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) Samarahan, akibat kompikasi jantung.

Sejak berita kematian Tan Sri Adenan Satem, banyak laporan polis telah dibuat berkenaan individu yang menghina kematian beliau. Setakat ini polis juga telah membuat beberapa tangkapan terhadap individu yang menghina Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Terbaru, menurut laporan Berita Harian, seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina digantung tugas dan diarahkan pulang kerana menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pegawai berkenaan digantung tugas serta merta dan diarahkan pulang ke tanah air Isnin ini untuk siasatan lanjut berhubung kenyataannya itu yang dimuat naik di laman Facebook Wa Sengat Lu, malam kelmarin.

“Tindakan tatatertib belum boleh diambil terhadap pegawai berkenaan sehingga siasatan dan punca dia berbuat demikian diketahui. 

“Ada dua faktor yang perlu dikenal pasti iaitu sama ada pegawai berkenaan yang mengeluarkan kenyataan itu atau kemungkinan Facebook milik beliau digodam pihak tidak bertanggungjawab,” kata sumber, memetik dari laporan Berita Harian. 

Isteri dan anak kepada pegawai berkenaan dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, sehari sebelum pegawai terbabit. 

Kementerian Luar dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes berkenaan selepas siasatan dilakukan. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitternya.

Reply