no comments

HINA ANGGOTA POLIS BERSIH JALAN

Seorang lelaki yang berusia 20-an yang didakwa menghina dan memperlekehkan tindakan anggota polis trafik yang membersihkan serpihan kaca menerusi laman sosial miliknya akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Lelaki berkenaan memuat naik entri dalam Facebook miliknya kelmarin yang didakwa menggelar anggota polis berkenaan sebagai anjing kerana menyapu kaca yang bertaburan di Jalan Skudai.

Lelaki berkenaan didakwa turut memuatkan gambar anggota polis berkenaan ketika menjalankan tugas. Perbuatan lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna laman sosial.

Seorang wanita yang juga isteri kepada anggota polis trafik berkenaan menyatakan suaminya bertugas dengan ikhlas bertujuan melancarkan pergerakan lalu lintas.

Reply