Patutlah Lama Menyepi Dari Dunia Hiburan.. Rupa-Rupanya DS Vida Dedahkan Kehilangan…
Pemilik suara lagu ‘I Am Me‘, Datuk Seri Vida mendedahkan sebab mengapa beliau berdiam diri dari dunia hiburan dan mengakui kehilangan belasan juta ringgit selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya.
Menurut jutawan kosmetik itu, studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap sejak tahun lalu, namun tertangguh.
“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan. Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.”
“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya.
Vida juga mengakui dia banyak berdiam kebelakangan ini dari radar hiburan disebabkan mahu muhasabah diri.
“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.
“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.
Sebelum ini, Vida berjaya mencipta fenomena selepas tampil dengan single berjudul ‘I Am Me‘ selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.
Vida bercakap ketika ditemui di ‘Malam Anugerah Mood Republik 2018‘ yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.
Terdahulu, DS Vida mendakwa pernah hampir ditipu scammer melalui panggilan telefon yang meminta wang RM30,000 di kediamannya di Ipoh.
Vida berkata, panggilan yang diterima sekitar pukul 12.45 tengah hari mengatakan akaun bank disekat kerana mengaitkan dirinya dengan kegiatan mengedar dadah.
Susulan itu DS Vida mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mendedahkan data peribadi sewenang-wenangnya.
Beliau juga berharap pihak polis menjalankan siasatan dan melupuskan jenayah scammer agar tidak mahu lebih ramai ditipu dan terpedaya dengan helah orang yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan mudah.
–HMetro