no comments

Hebat Budak Ni. SPM Belum Ambil Tapi Anak Yatim Ini Berpendapatan RM50,000 Sebulan

Penglibatan dalam dunia perniagaan tidak mengira peringkat umur, asalkan ada usaha , kerja keras dan semangat yang tinggi, pasti akan memperoleh hasilnya.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi satu kisah luar biasa mengenai seorang remaja yang baru berusia 16 tahun dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Ketika anak remaja lain sibuk dengan aktiviti persekolahan, berbeza pula dengan anak remaja yang berasal dari Seberang Takir Kuala Terengganu ini.

Adik yang bernama Mohd Aimy Shahril Mat Ali ini baru berusia 16 tahun berkongsi, dia mula terlibat dengan perniagaan membuat belacan dan ikan bilis semasa berusia 13 tahun lagi oleh arwah bapanya, Mat Ali Sulong.

Selepas Ibu tiada meninggalkan kami sembilan tahun yang lepas, Aimy dibesarkan oleh Bapanya Mat Ali dan Bapanya lah menjadi mentor dalam selok belok perniagaan tersebut.

Namun ajalnya bapanya sudah tiba, kini Bapanya pula yang pergi meninggalkannya selepas itu. Kini Aimy lah yang menguruskan perniagaan Belacan dan Ikan Bilis sejak 4 tahun yang lalu dengan berbekalkan ilmu yang diajar oleh arwah bapanya.

Bercerita mengenai persekolahan Aimy..

Menurut beliau,

“Saya hanya bersekolah hingga tahun enam, malah tak sempat pun menduduki peperiksaan UPSR. Tapi ia tidak mematahkan saya untuk berjaya dalam hidup. Alhamdulilah saya berjaya jana jualan sehingga RM50,000 sebulan hasil perniagaan ini”.

Tambah Aimy lagi, bahan mentah ikan bilis diperoleh daripada nelayan di kawasan sekitarnya, dan proses menghasilkan ikan bilis ini akan melalui fasa merebut dan menjemur sebelum dijual pada harga RM20 hingga RM30 ,bergantung kepada jenis ikan bilis yang dihasilkan.

Menurut beliau lagi, pada bulan Mac hingga Ogos, dia akan memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (kg) sehari, dan bila tiba bulan September hingga November pula, dia akan memproses sekitar 1000 kilogram ikan bilis dan pada waktu berkenaan, harga akan sedikit murah ,dan ianya dijual pada harga sekitar RM12 sekilogram.

Aimy juga berkongsi jenis-jenis ikan bilis yang sebelum ini, mungkin kita tidak pernah kenali..

Aimy kongsi lagi.. “antara spesis bilis yang dihasilkan ialah bilis pucat, tembaga merah, bara, tembaga hitam manakala spesis tembaga merah adalah paling tinggi harganya yang boleh mencecah RM30 sekilogram dan dalam sehari sahaja, saya mampu jual sehingga 100 kilogram”.

“Alhamdulilah, kini saya sudah mempunyai 10 orang pekerja yang umur mereka jauh lebih berusia dari saya, malah lebih banyak pengalaman. Pekerja saya ini banyak membantu melancarkan proses menghasilkan ikan bilis dan belacan sehinggalah ke proses akhir untuk dijual”.

“Mereka banyak membantu saya, walaupun saya masih lagi sangat mudah”.

Berkenaan produk belacan pula, perniagaan beliau mampu menghasilkan sehingga 1000 ketul sehari dan purata 700 ketul dijual setiap hari dengan harga RM4 seketul.

Proses untuk menghasilkan belacan, perusahaan beliau memerlukan sekitar lapan tan udang gagau untuk diproses menjadi produk belacan.

“Cabaran sudah pasti ada, saya juga tidak terkecuali untuk menghadapinya, pernah juga ditipu. Ianya menjadi pengajaran buat saya” Kata Aimy yang juga adalah seorang anak tunggal.

Hasil jualan keseluruhan bagi perniagaan keluarga Aimy ini bolehlah dianggarkan RM50,000 sebulan . Jualan untuk produk belacan pula boleh mencapai RM1,000 sehari selepas di campur dengan hasil jualan ikan bilis.

Kita sepatutnya kagum dengan pencapaian adik Aimy ini, kerana walaupun usianya masih terlalu muda, namun dia mampu capai sesuatu kejayaan yang mungkin tidak dapat digambarkan oleh remaja yang sama usia dengan beliau.

Walaupun Aimy tidak menyambung pelajaran, bukanlah bermaksud pelajaran itu tidak penting, mungkin keadaan pada ketika itu membuatkan Aimy perlu menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan keluarganya. Kita doakanlah supaya perniagaan adik Aimy dan pasukannya ini terus maju jaya.

Reply