no comments

Hati-hati Dengan Tema Bollywood, Takut Jatuh Hukum Haram Untuk Orang Islam. Dr Hindu Ini Dedah Sesuatu

Dalam masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, lebih 60 tahun negara kita merdeka, kita sudahpun sebati dalam menerima kepelbagaian budaya dan ianya dianggap normal untuk sama-sama meraikan perayaan agama lain.

Apabila tiba perayaan agama tertentu, mereka yang bukan beragam tersebut juga turut sama mengucapkan selamat dan tidak kurang juga yang sama-sama meraikannya. Contohnya, baru-baru ini, negara kita baru sahaja meraikan Perayaan Deepavali yang baru dirayakan pada hari Isnin yang lalu.

Apa yang menarik berkenaan perayaan ini, keunikan yang terdapat dalam Perayaan ini adalah dari segi pakaian bertemakan Bollywood, ianya rata-rata telah menimbulkan minat mereka yang bukan beragama hindu untuk sama mengenakan pakaian bertemakan Bollywood. Ini kerana orang islam pun ramai yang minat kepada dunia bollywood dan menjadikan pakaian ini sebagai tema dalam majlis.

Namun ada yang tidak sedar, sebahagian orang islam ini sedang melanggar hukum agama islam kerana membuat perkara-perkara yang dilanggar syariah secara tidak sedar.

Kes yang jarang berlaku, tular 4 jam yang lalu satu video perkongsian dari seorang Dr yang beragama Hindu yang cuba menegur orang Islam yang mengenakan pakaian bollywood. Dr Malar menerusi perkongsianya dengan nama facebook Celoteh Dr Malar berkongsi

Ramai yang sukakan pakaian bollywood, kerana mereka yang beragama hindu baru sahaja meraikan deepavali. Menurut beliau, timbul satu perkara yang Dr Malar terpaksa menegur orang Islam kerana mungkin melakukan perkara yang haram dalam islam secara tidak sedar.

Menurut Dr Malar, dalam perayaan deepavali, ada dua perkara yang perlu diberi perhatian

Perkara pertama ialah melibatkan kebudayaan orang Hindu yang tiada kaitan dengan ritual agama, ianya dilihat tiada masalah dan Islam tidak melarang untuk melakukan perkara demikian, contohnya dalam soal pakaian.

Selagi pakaian bollywood tersebut menutup aurat, tiada masalah disisi islam.

Namun terdapat perkara kedua yang Dr Malar utarakan kerana ada sesetengah orang islam yang mengenakan pakaian bollywood sambil memakaian alatan atau cara dalam agama Hindu yang dilihat mungkin ianya adalah satu kesalahan untuk orang Islam.

Apa yang uniknya dalam perkongsian Dr Malar, beliau bukanlah maklumkan tentang perkara haram dalam agama Hindu, tetapi risaukan orang Islam yang mungkin sedang melakukan perkara yang haram dalam agama Islam.

Hal ini kerana, perkara kedua dalam pemakaian bollywood adalah pemakaian sindhu pada dahi dan ianya adalah simbol agama Hindu dan merupakan komponen dalam agama Hindu untuk ritual. Ianya bukanlah pakaian bangsa atau kebudayaan India.

Namun kata Dr Malar, ada juga orang Islam yang mengenakan tanda tersebut pada dahi sedangkan ianya adalah salah satu aktiviti dalam agama Hindu. Dr Malar risau, bimbangkan orang islam takut terjerumus kepada perkara syirik yang boleh membawa kepada murtad atau dosa besar.

Dr Malar turut memberi teguran ikhlas supaya orang Islam berhati hati dan merujuk kepada ustaz-ustaz yang pakar dalam soal hukum islam, supaya orang Islam tidak melakukan perkara yang haram.

Berikut adalah video Dr Malar yang telah tular:

Perkongsian Dr Malar tersebut telah mendapat respon yang hangat dan memuji tindakan Dr Malar sebagai satu teguran yang sangat unik dan jarang berlaku. Kebiasaanya orang yang beragama Islam yang menegur tentang kesalahan orang Islam, namun kali ini teguran itu datang daripada mereka yang beragama Hindu.

Reply