no comments

Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Bermula 22 Jun Hingga 28 Jun 2017

Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Bermula 22 Jun Hingga 28 Jun 2017

Seperti biasa, mekanisme harga runcit minyak kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan setiap hari Rabu yang dikuatkuasakan bermula April 2017 berbanding secara bulanan sebelum ini.

Harga runcit mingguan bagi petrol turun lagi bagi minggu keempat berturut-turut mulai tengah malam ini. Harga diesel pula kekal pada harga RM1.88 seliter.

Bagi tempoh 22 Jun hingga 28 Jun ini, harga runcit petrol RON95 ialah RM.1.91 seliter dan RON97 ialah RM2.17 seliter, masing-masing turun 7 sen.

Bagi minggu sebelum ini iaitu 15 Jun hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM1.98 seliter, RON97 pada RM2.24 dan diesel RM1.88 seliter.

Harga terbaru ini telah diumumkan di RTM1 dan menerusi pengumuman di Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang Rabu.

Reply