no comments

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 29 Jun Hingga 5 Julai 2017

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 29 Jun Hingga 5 Julai 2017

Seperti biasa, mekanisme harga runcit minyak kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan setiap hari Rabu yang dikuatkuasakan bermula April 2017 berbanding secara bulanan sebelum ini.

Harga minyak bagi minggu ini (29 Jun – 5 Julai) turun lagi buat kali lima berturut-turut.

Harga minyak runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun 2sen seliter manakala diesel turun 4sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Grafik Oleh MalaysiaKini

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 2 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM1.89 seliter berbanding RM1.91 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.15 berbanding RM2.17 sebelum ini.

Harga baru diesel pula turun 4 sen menjadikan harga jualannya RM1.84 seliter berbanding RM1.88.

Harga baru bahan api ini berkuat kuasa dari 29 Jun 2017 hingga 5 Julai 2017.

Kepenurunan harga kedua-dua bahan api ini dipengaruhi oleh kejatuhan minyak dunia yang mencapai paras terendah ketika ini.

Reply