no comments

Harga Ketiga-Tiga Minyak TURUN Bermula 12 Hingga 18 Oktober 2017

Penantian berita harga minyak untuk minggu ini sedikit melegakan rakyat Malaysia apabila harga kesemua bahan api dilaporkan turun.

Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 turun tiga sen seliter manakala diesel turun tujuh sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun tiga sen kepada RM2.16 seliter, RON97 turun tiga sen kepada RM2.46 seliter dan diesel turun tujuh sen kepada RM2.10 seliter.

Foto Oleh – Bernama

Berbanding harga ketika ini, RON97 ialah RM2.49 seliter dan harga RON95 ialah RM2.19. Manakala harga bagi diesel pula ketika ini RM2.17 seliter.

Berikut di bawah ini adalah graf harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api berdasarkan mekanisme penetapan harga secara mingguan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga baharu ini akan berkuatkuasa pada 12 Oktober (khamis) hingga 18 Oktober Rabu depan.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan ini dikuatkuasakan sejak April lalu oleh kerajaan.

Reply