no comments

Harga Minyak Petrol & Diesel Naik Bermula 5 Hingga 11 Oktober 2017

Selepas dua minggu mengalami penurunan, harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel pada minggu ini dilaporkan kembali naik seperti biasa.

Bermula pada 12.01 tengah malam ini minyak petrol RON95 akan mengalami kenaikan kepada RM2.19 iaitu kenaikan sebanyak 3 sen.

Bagi minyak RON97 pula, minyak ini akan mengalami kenaikan kepada RM2.49 per liter iaitu turut naik sebanyak 3 sen.

Manakala bagi diesel pula, harga terus mengalami kenaikan yang agak tinggi iaitu RM2.17 per liter iaitu 5 sen, dan bagi Euro 5 Diesel akan mengalami kenaikan 1 sen kepada RM2.27 per liter.

Harga runcit kenaikkan ketiga-tiga bahan api ini akan berkuatkuasa bermula 5 Oktober 2017 hingga 11 Oktober 2017.

Kenaikan minyak mingguan akan berubah-ubah selepas kerajaan memperkenalkan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit bahan api tersebut dan kaedah ini telah diperkenalkan selama 28 minggu.

Reply