no comments

Harga Minyak Petrol & Diesel Mulai Disember 2016

harga-minyak-petrol-disember-2016

Harga Minyak Petrol & Diesel Mulai Disember 2016, Turun 5 Sen

Harga bahan api petrol RON95 dan RON97 serta diesel turun lima sen mulai 1 Disember 2016.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baru bagi RON95 berkuatkuasa 1 Disember ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) manakala diesel pula RM1.85 seliter.

Harga petrol & diesel bagi Disember 2016:

  • RON 95: RM1.90 seliter
  • RON 97: RM2.25 seliter
  • DIESEL: RM 1.85 seliter

“Sebelum ini harga runcit petrol sepanjang November ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter.”

Penurunan itu memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna selepas dua bulan berturut-turut naik sebelum ini.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya. –Hmetro

Reply