no comments

Harga Gula Naik 11 Sen! Kini RM2.95 1KG

Harga Gula Naik 11 Sen! Kini RM2.95 1KG

Harga baharu bagi gula pasir putih bertapis kasar kini pada harga RM2.95 sekilogram, ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa 1 Mac 2017.

Harga gula sebelum ini ialah RM2.84 sekilogram.

KPDNKK, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan penetapan harga baharu itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2017.

“Hal ini adalah disebabkan peningkatan ketara bagi harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

“Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga terbabit pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan kenaikan di negara lain,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kali terakhir harga gula dikemaskini ialah pada 25 Oktober 2013.

BH Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close