no comments

Harga Baru Minyak Petrol & Diesel Bermula 28 September Hingga 4 Oktober 2017

Seperti biasa, mekasnisme penetapan harga bahan api kini ditetapkan secara mingguan. Diumumkan setiap petang rabu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Minggu ini, harga petrol mencatatkan penurunan 3 sen mulai jam 12.01 tengah malam ini, manakala harga diesel pula naik 2 sen.

RON95 akan dijual pada harga RM2.16 seliter, turun tiga sen daripada RM2.19 seliter, bagi RON97 pula akan dijual pada harga RM2.46 seliter, juga turun tiga sen daripada RM2.49 seliter.

Sementara itu, diesel pula meningkat sebanyak dua sen, berharga RM2.12 seliter daripada RM2.10.

Harga terkini bahan api itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi pada 28 September hingga 4 Oktober 2017.

Naik turun harga bahan api ini ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Mstar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close