Harga Baru Minyak Petrol Dan Diesel Naik Bermula 3 Ogos Hingga 9 Ogos 2017
Harga Baru Minyak Petrol Dan Diesel Naik Bermula 3 Ogos Hingga 9 Ogos 2017
Mekanisme harga runcit minyak negara kini ditetapkan mengikut kaedah mingguan yang diumumkan oleh kerajaan setiap minggu pada petang Rabu.
Harga bahan api naik lagi untuk minggu pertama bulan Ogos dengan kenaikan sebanyak 4 sen bagi petrol dan diesel 6 sen.
Harga baru RON95 akan naik kepada RM2.07 seliter daripada RM2.03 seliter sebelum ini manakala RON97 akan meningkat kepada RM2.32 seliter daripada RM2.28 seliter.
Diesel pula akan naik enam sen kepada RM2.05 seliter daripada RM1.96 seliter sebelum ini.
Harga baru ini berkuatkuasa bermula jam 12.01 tengah malam khamis (3 Ogos) sehingga Rabu depan (9 Ogos) 2017.