no comments

Hanya Tinggal Di Rumah Flat, Berlantai Simen, Perabot Tiada. Kisah Imam Muda Asyraf Meruntun Hati

Setiap pasangan pasti ada kisah detik kesukaran di awal perkahwinan. Ianya telah menjadi normal dalam peringkat awal perkahwinan kerana pada masa itu masing-masing sedang berusaha untuk membina kerjaya dan masih belum stabil.

Pada ketika inilah, keikhlasan sesebuah pasangan itu akan diuji sejauhmana boleh bersabar dan menempuhi kesukaran bersama-sama. Itulah yang turut sama dihadapi pendakwah popular Imam Muda Asyraf pada suatu masa dahulu. Beliau cukup yakin dengan kata-kata disebalik kejayaan seorang lelaki, ada isteri hebat yang berdiri dibelakangnya. Isteri akan menjadi tunjang utama sokongan yang tidak berbelah bagi di masa susah dan senang.

Apa yang dikecapi beliau pada hari ini berkat kesabaran isterinya yang telah mengharungi detik sukar bersama di awal suatu masa dahulu.

Kisah inspirasi ini wajar dijadikan contoh kepada pasangan suami isteri yang kini sedang melalui detik kesukaran dalam hidup berumah tangga. Kita mesti percaya, jika ada usaha yang gigih dan saling menyokong antara satu sama lain, ianya pasti memberikan kebahagiaan dan kesenangan di masa depan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial fb milik Imam Mudah Asyraf, beliau ada berkongsi luahan hati mengenai pengalaman beliau dahulu yang hidup dalam susah senang bersama isteri yang dicintai.

Berikut adalah perkongsian Imam Muda Asyraf menerusi ciapanya:

“saya teringat semasa diawal perkahwinan saya dulu. Masih belajar di UM, tiada pekerjaan tetap. Walau apa pun keadaan saya pada masa itu, saya berterima kasih kepada mertua yang sudi menerima saya insan yang serba daif ini jadi menantu.

‘Walaupun saya pada ketika itu mereka sudah tahu tak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Saya sekadar buat part time sebagai imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri.

“Dengan gaji hanya RM350 sebulan di Kuala Lumpur , apalah sangat yang mampu saya nikmati. Sedangkan sewa rumah pada masa itu ialah RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan dengan menjual kitab. Buat home tuition, basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk balik ke kampung.

Peranan Seorang Isteri Yang Dikagumi

“Apa yang saya kagum akan diingai buat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri:

kata isteri:

“Abang, Ayang tak minta abang bawak balik kemewahan, tapi cukuplah dengan bawa pulang rezeki yang barakah..”

“Beliau langsung tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan apa yang saya belikan. Beg tangan dan kasut dipakai seadanya. Kadang rasa terusik dalam hati seorang suami ingin membeli sesuatu untuk menggembirakan isteri. tapi suami tak mampu.

“Rumah flat yang tiada katilnya hanya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan. Kotaklah yang menjadi alas pinggan. Almari zip yang terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yang paling bahagia. Detik itulah yang paling sakinah. Payah namun ianya indah. Rumah sempit namun hati lapang.

“Perit dahulu menekan keangkuhan sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Allah. Dia beri pinjam hari ini maka tak sudah untuk Dia ambil semula keesokan hari. Beringatlah wahai si tuan badan.

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

“Saya cerita kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramait yang turut melaluinya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

“Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka di sisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dengan kita walapun kita tiada nama. Mereka sudi disisi walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengabadikan kebahagiaan ini sehingga ke syurga.

Sumber: Imam Muda Asyraf

Reply