no comments

Hanya Sekadar Suka-suka, Tak Sangka Lelaki Ini Jana RM600,000 Hanya Bermain Game

Hanya sekadar suka suka, niat ingin menghiburkan orang ,tanpa disangka dengan hanya bermain game mampu menjadi lubuk rezeki buat pemilik nama Muhd Rezza Rusly atau lebih dikenali nama popularnya Rezzadude.

Rezza menghasilkan kandungan melalui tiktok dan youtube sebagai channel utama berkongsi kepetahannya berkata kata dan berceloteh di media sosial.

Mula menghasilkan kandungan pada tahun 2015, Rezza yang baru berusia 26 tahun itu telah mengumpulkan pendapatan sehingga RM600,000 dengan hanya bermain game.

Rezza yang juga pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Selangor (UNISEL) tidak pernah menyangka, minat dan pengetahuan mendalamnya dalam permainan video akhirnya membuahkan hasil sehingga menjadi jalan rezeki buatnya.

Dikala orang lain hanya bermain permainan video sekadar mengisi masa lapang dan mungkin setengah orang lain menganggap membuang masa, Rezza menjadikan aktiviti ini sebagai platform menjana pendapatan yang luar biasa.

main game rm600k

Kongsi Rezza

“sebelum saya kenal game, saya memang minat melukis, abah saya pun memang ada langgan pakej rancangan kartun”

“kemudian minat terhadap game mula timbul selepas pergi ke rumah sepupu dan melihat permainan konsol”.

“seminggu selepas tu, abah buat kejutan dengan membeli sebuah permainan konsol playstation 1, sejak dari itu saya mula teroka sendiri dunia permainan video”.

Tambah Rezza lagi ,beliau mula menjadi penyedia kandungan di youtube pada tahun 2015 selepas terpengaruh dengan video perkongsian youtuber Sweden Pewdiepie.

“inspirasi saya adalah pewdiepie, dia adalah penyedia kandungan no 1 bagi saya dan cuba menghasilkan perkongsian sepertinya dalam versi tempatan”. Ulas Rezza.

“pada peringkat awal,saya berniat nak buat vlog,tetapi disebabkan ketiadaan kamera, saya mula fokus kepada youtube”

“secara jujurnya saya tak tahu pun menjadi seorang youtuber boleh menjana pendapatan, saya buat pun, sekadar suka suka, sehinggalah saya mengetahuinya dari seorang yang lebih arif pasal ni”

“syukur alhamdulilah,saya diterima baik oleh penonton kandungan saya dan pernah tular ,saya seronok dapat membuka mata ramai orang terhadap streamer di negara ini”

Cakap soal pendapatan dari youtube, Rezza bersyukur kerana rezekinya sentiasa ada sejak beliau mula menceburkan diri dalam bidang ini.

Lebih membahagiakan lagi ,dia mampu membeli sebuah kereta Mercedes AMG hasil dari pendapatannya sebagai penyedia kandungan di youtube dan tiktok..

“Pendapatan sebagai YouTuber ni tak menentu juga, paling minimum saya dapat RM2000 sebulan, ianya adalah hasil kerjasama youtube dan kempen, hasil dari pendapatan tersebut saya gunakan untuk membeli permainan konsol, dan permainan video terbaru, saya sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk itu”.

“Selain untuk game, saya gunakan juga untuk keluarga saya, membantu keluarga saya untuk ringankan beban, keluarga saya memang menyokong apa yang saya buat, malah saya berimpian untuk membina sebuah cafe berkonsepkan permainan video dan menubuhkan pasukan e-sukan ,samaada sebagai jurulatih atau ahli pasukan.” kata Rezzadude.

Pendapatan Cecah 5 Angka Sebulan Hanya Bermain Game

Dalam perkongsian lain mengenai menjana pendapatan melalui video game, seorang lagi streamer dari Shah Alam mampu menjana pendapatan sehingga 5 angka sebulan.

Beliau yang bernama Syahmi Hafiy Shahrul Zaman baru sahaja berusia 24 tahun. Beliau kini mampu meraih pendapatan sehingga 5 angka sebulan dengan hanya menjadi streamer dan youtuber yang berkongsi kandungan permainan video.

Beliau yang dikenali sebagai Oohami merupakan anak bongsu keluarga, beliau mengakui, tidak pernah berimpian menjadi seorang streamer atau youtuber secara sepenuh masa.

Walaubagaimanapun,beliau membuat keputusan itu selepas sokongan pengikutnya menjadi pendorong menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya tetap sepenuh masa.

Kongsi Oohami, ” sejak kecil lagi ketika berusia 5 tahun, saya memang meminati permainan video dan meneruskan minat tersebut sehingga masuk ke sekolah rendah”

“cumanya peringkat awal, saya bermain hanya secara offline ( luar talian ) , kemudian beralih ke dunia online ( dalam talian selepas mengetahuinya pada tahun 2011 dari seorang rakan “.

“saya bermain seperti biasa selepas balik sekolah, kemudian barulah saya mula membina channel youtube dan mula muatnaik video di saluran youtube saya”

Oohami berkongsi, ianya adalah satu kepuasan apabila dapat menjadi seorang streamer kandungan permainan video ,dan paling gembira melalui youtube dapat dijadikan sebagai jalan menjana pendapatan yang banyak.

Oohami berkata ” keluarga pada awalnya tidak menyokong, nampak tiada hala tuju, sehingga saya dimarahi oleh keluarga, ini kerana saya belum mendapat hasilnya pada tahun pertama “

“selepas setahun, ketika itu pada tahun 2017, barulah saya berjaya menjana pendapatan pertama sekitar $800 dalam nilai USD , ( RM3771).

“sejak itu, keluarga mula sedar dan dapat membuktikan menjadi seorang streamer dan youtuber boleh mendatangkan hasil” kata Oohamo.

Reply