1 comments

Hanya Mampu Belikan Plastik Sebagai Mainan. Ayah Ini Bersyukur Anak Tetap Gembira

Sudah semestinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Cakaplah apa sahaja, pasti ibu bapa ingin memenuhi permintaan anak-anak dengan sedaya upaya walaupun dalam keadaan tidak berkemampuan.

Disebabkan itulah, ada sesetengah ibu bapa sanggup bekerja lebih masa, ada yang terpaksa tinggal jauh dari keluarga, bekerja offshaw umpamanya demi untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga untuk kehidupan yang lebih baik.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga sudah pasti bukanlah sesuatu yang mudah dalam kehidupan berkeluarga. Seronok itu memang seronok bila ada isteri dan anak, tapi beban yang ditanggung cukup berat. Namun walau seberat mana pun tanggungjawab itu, ianya perlu dilaksanakan demi untuk keluarga tersayang.

Antara perkara yang pada ibu bapa tak boleh lupa untuk sediakan ialah permainan untuk anak-anak yang masih kecil. Walaupun dalam keadaan kurang berkemampuan untuk membeli barang mainan yang berharga mahal, mereka tetap lakukan sesuatu untuk menggembirakan anak-anak kecil ini. Tujuannya hanyalah satu, untuk melihat kegembiraan anak-anak.

Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini yang bertindak membeli plastik untuk anak-anaknya. Bagaimana plastik boleh dibuat mainan? Ianya kedengaran agak janggal oleh sesetengah daripada kita, namun itulah hakikat tetap ada kanak-kanak yang gembira hanya bermain plastik sebagai alat permainan mereka.

Melalui satu video yang telah dikongsikan di laman Tiktok, pemilik akaun berkenaan @ainuntazrie, dalam dilihat seorang lelaki berkongsi hasratnya untuk membeli alat permainan untuk anak-anaknya dirumah.

Tetapi, mungkin kerana belum berkemampuan seperti ibu bapa yang lain, dia akhirnya masuk ke sebuah kedai dan pergi ke bahagian jualan pelbagai jenis plastik untuk dibeli sebagai hadiah mainan anak.

Menurut lelaki itu, dia membeli plastik sebagai ganti kepada alat permainan anak-anaknya dengan harapan agak anak-anaknya itu akan gembira dengan permainan baru mereka.

Apa yang membuatkan kita semakin sebak apabila melihat kedua-dua anak yang menerima hadiah plastik itu dilihat cukup gembira setelah mendapat hadiah permainan baru itu. Mereka seronok bermain plastik bersama-sama.

Sehingga kini, video tersebut telah tular dan mendapat tontonan lebih 40,000 dan menerima 4000 tanda suka dari warga Tiktok. Video berkenaan juga dihujani pelbagai komen dari warga Tiktok.

Rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video tersebut, ramai juga yang telah memuji akan anak-anak lelaki ini menyatakan walaupun si bapa hanya membelikan plastik untuk dibuat permainan, namun anak-anak ini langsung tidak kisah dan gembira bermain dengannya. Anak-anak ini pun tidak mengamuk atau memberontak kerana tidak dibeli mainan sebenar malah gembira dengan mainan baru tersebut. Dalam masa yang netizen turut mendoakan agar bapa itu sentiasa dimurahkan rezek, sihat sentiasa untuk mencari rezeki buat keluarganya.

Buat para pembaca artikel ini, sama-samalah kita doakan untuk keluarga ini agar hidup mereka dimurahkan rezeki melimpah ruah agar tetap boleh hidup dengan gembira walaupun serba kesederhanaan. Kita juga harus bersyukur, sekiranya diberikan kesenangan dan mudah untuk membeli alat mainan buat anak-anak kita, kerana perkongsian mengingatkan kita bahawa, masih ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu walaupun membeli mainan untuk anak-anak.

Namun begitu, melihat kepada anak-anak lelaki ini yang tidak kisah dengan hadiah plastik itu, ianya juga satu rezeki kerana anak-anak mereka ini seolah-olah faham kesukaran bapanya dan boleh membuatkan si bapa turut gembira. Pesanan kepada penulis sendiri dan anda semua, sama-samalah kita bersyukur atas setiap kurniaanNya.

One Response

  1. Amir

Reply