no comments

Kerajaan Habiskan Hampir RM3.5juta Sebulan Tanggung Makanan PATI

Baru-baru ini heboh di media sosial mengatakan mengenai PATI atau dengan kata lain Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia. Kehadiran PATI di Malaysia semenjak dua menjak ini sangat membimbangkan.

Ianya makin bertambah dari hari ke hari. Ekoran daripada wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini maka golongan PATI ini mula mengambil kesempatan yang ada untuk bolos masuk ke sempadan negara Malaysia.

Ada rakyat Malaysia yang membantah kemasukan PATI ke Malaysia namun ada juga yang menyokong dan paling parah mereka juga ada yang menjadi sindiket.

Disebalik apa yang berlaku ini tahukah anda ianya memberikan kesan yang buruk kepada negara kita Malaysia ini?

Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung k0s makanan pend@tang asing tanpa izin(PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Berkata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, purata kos makanan yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM12 sehari untuk seorang dan kebanyakan mereka terpaksa berada di depot dalam tempoh sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

“Kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan itu bagi memastikan hak asasi pend@tang tanpa izin terpelihara dan perkara itu turut dilaksanakan di semua depot Imigresen di luar negara.

“Pengurangan k0s makanan dapat diatasi sekiranya pr0ses d0kumen perjalanan yang disediakan pihak kedutaan berkaitan dapat dilaksanakan dengan cepat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri(KDN).

“Beli@u berkata jabatan itu menjalinkan kerjasama dengan pihak kedutaan untuk mempercepatkan proses mengeluarkan dokumen perjalanan untuk pend@tang tanpa izin itu dihantar pulang dan perkara ini dapat mengurangkan bilangan penghuni di depot,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat 18 Jun, seramai 9,654 orang pendatang tanpa izin ditahan di 14 dep0t seluruh negara dengan 7,650 adalah lelaki dan1,664 wanita serta selebihnya kanak-kanak.

Beliau berkata tah@nan pendatang tanpa izin paling tinggi adalah rakyat Indonesia iaitu 3,767 orang diikuti Myanmar (2,105), Bangladesh (1,594), India (525), Vietnam (294), Pakistan (263), Thailand (226), Filipina (222), Nepal (193), Nigeria (150) dan lain-lain warganegara (315).

Tambah beliau lagi, sebanyak 8,277 0perasi dilaksanakan Jabatan Imigresen sejak awal tahun ini hingga Selasa lepas dengan keseluruhannya 103,224 orang warga asing diperiksa.

“Empat dep0t iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Serdang, Selangor –

Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung k0s makanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.

“Kami cuba mempercepatkan proses untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing serta memindahkan mereka ke depot yang berdekatan bagi mengelak kesesakan,” katanya.

Lihatlah betapa terbebannya Malaysia jika lambakan PATI masuk ke Malaysia. Malaysia terpaksa membelanjakan wang negara untuk warga asing ini dan ianya adalah tidak berbaloi kerana wang itu sebenarnya boleh digunakan untuk rakyat Malaysia.

Apa-apa pun kita doakan supaya pihak berwajib dapat menjalankan tugas mereka untuk membendung kemasukan lebih ramai lagi PATI di negara ini. Insyaallah…

Reply