no comments

‘Hak Saya Sebagai Owner Kedai & Pelanggan Yang Terancam Macam Mana?’ – Pemilik Jelaskan Sebab Bina Pagar

Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial mengenai sebuah kedai yang memasang pagar pada kaki lima premis hingga menghalang laluan orang awam.

Ekoran tindakan pemilik premis itu membuat binaan, dia menerima kecaman warganet kerana menyusahkan orang ramai memandangkan kaki lima adalah laluan untuk orang awam.

Tindakan pemilik premis itu sekali gus membataskan pergerakan orang ramai terutama orang kelainan upaya (OKU).

Namun, apa yang lebih membangkitkan kemarahan warga maya adalah sikap pemilik premis dipercayai seorang usahawan kosmetik yang didakwa memberi justifikasi secara angkuh berhubung tujuannya memasang pagar di hadapan kedai.

owner kedai

Kata usahawan kosmetik itu, dia memasang pagar tersebut dengan tujuan keselamatan bagi mengelakkan kejadian individu yang tidak bertanggungjawab menaiki motosikal di hadapan kedainya.

Usahawan itu mendakwa wujud insiden penunggang motosikal yang nyaris melanggar pintu premis dan pelanggannya hingga memaksa dia memasang binaan itu.

“Habis hak aku sebagai owner kedai yang terancam keselamatan diri dan harta benda tu macam mana? Tak ada hak?

“Ke aku boleh tuntut hak kerugian aku kat orang yang hanya reti viral dan komen je?” katanya tanpa rasa bersalah.

Difahamkan, lokasi premis tersebut terletak di negeri Johor iaitu Daerah Pasir Gudang.

Hari ini warga maya meluahkan rasa puas dan lega apabila pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bertindak merobohkan struktur pagar yang dibina di kaki lima di hadapan sebuah premis di Taman Bukit Dahlia. Ini kerana pembinaan itu tidak memperolehi kebenaran bagi berbuat demikian.

MBPG dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar dua notis dan memberi tempoh 14 hari kepada pemilik premis untuk merobohkan struktur binaan kekal itu. Namun, notis itu tidak dihiraukan oleh pemilik premis dan kebetulan perkara itu viral di media sosial.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan susulan yang diadakan mendapati bahawa pemilik premis tersebut masih gagal mematuhi notis lawatan yang telah dikeluarkan.

“Pihak MBPG telah memberikan tempoh yang sewajarnya untuk pemilik premis berkenaan membuka sendiri struktur berkenaan, tetapi malangnya ia masih lagi tidak dilaksanakan.

“Oleh itu, tindakan penguatkuasaan dengan membuka struktur binaan (pagar) dan sitaan telah dilaksanakan selaras dengan prosedur kerja yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook MBPG, petang Selasa.

Ramai yang berpuas hati dengan tindakan pantas dibuat oleh pihak MBPG yang terus membuka struktur binaa(pagar) yang menghalang laluan kaki lima orang awam itu.

Pengajaran yang dapat dari kejadian ini adalah jangan sesekali kita mengambil hak orang lain yang secara jelas itu bukanlah hak kita sebenarnya.

Reply