Hajat Tak Kesampaian… Nota Arwah Adik Thaqif Ini PASTI Membuat Anda Sebak & Kagum
Hajat Tak Kesampaian… Nota Arwah Adik Thaqif Ini PASTI Membuat Anda Sebak & Kagum
Pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, telah pun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Pemergiannya itu meninggalkan satu nota yang ditulis hajatnya yang tak kesampaian dilekatkan dalam al-Quran miliknya dipercayai ketika mula mendaftar di sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor, Januari lalu.
Antara isi nota itu, Arwah menulis,
“Saya mahu jadi huffaz dalam masa dua tahun. Saya pasti saya boleh.”
– Cara-cara untuk menjadi Huffaz;
– Dengar cakap ibubapa
– Jaga solat lima waktu
– Menghafal surah-surah yang senang dahulu”.
“Selain itu Allahyarham turut mencatatkan satu hadith mengenai niat menuntut ilmu perlu semata-mata kerana mencari keredhaan Allah bukan maksud lain.
Hasrat dan impiannya menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup seharian amatlah terpuji.
Sebelum ini juga, Arwah menulis luah deritanya, BACA DISINI – Luah Derita Dalam Diari, ” Ya Allah.. Sudah Tidak Tahan, Bukakan Pintu Hati Ibubapaku Untuk Pindah Sekolah”
Allahyarham meninggal dunia selepas doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya yang sepatutnya dilakukan hari ini kerana jantungnya tidak stabil.
Sebelum ini, kedua-dua kaki Arwah Adik Thaqif terpaksa dipotong kerana ada darah beku selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi. Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, berkata Mohamad Thaqif meninggal dunia di wad unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.
Jenazah dibedah siasat dua hingga lima jam di HSI dan dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Felda Bukit Aping Timur untuk dikebumikan.
Keluarganya juga dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang jika kematiannya disebabkan dipukul. Pembantu warden berumur 29 tahun terbabit disambung reman sehingga Sabtu ini.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkannya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman.
Al FATIHAH (Anak syurga)