no comments

Hail Amir Sebenarnya Bapa Kepada Hael Husaini? Ini Jawapan Sebenar Hail Amir

Dalam zaman yang penuh dengan karya kreatif, dapat diperhatikan hasil karya oleh individu-individu seni ini semakin dipandang serius dan mendapat penghargaan dari badan-badan kerajaan mahupun diraja. Ini kerana mereka telah berjaya mengharumkan nama negara sertai mencapai kejayaan yang membanggakan dengan menggunakan bakat sendiri.

Hail Amir Telah Diberi Penghargaan

Terkini selepas Dato Aisyah mendapat gelaran diraja itu, penyanyi dan pelakon yang popular di era 70-an Hail Amir kini telah menerima gelaran Datuk selepas mendapat perkenan kurniaan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW). Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Seloka Hari Raya yang berduet dengan Uji Rashid itu berkata, anugerah yang dikurniakan dengan Darjah Kebesaran yang telah membawa gelaran Datuk di Istana Negara pada 8 Februari 2022 yang lalu adalah sebagai satu pengiktirafan yang besar baginya.

Hail berkata ianya adalah satu anugerah yang cukup bermakna, kerana setelah lima dekad berada dalam industri, masih ada yang yang sudi menganugerahkannya di kala hayatnya masih dikandung badan.

Hal ini kerana ramai juga yang kita lihat insan seni yang cukup besar namanya hanya diberi anugerah setelah ketiadaanya contohnya seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Sudirman Haji Arshad yang mendapat gelaran Dato’ pada tahun 2009.

Menurut Datuk Hail Amir “Saya dimaklumkan untuk mendapat penganugerahan ini dalam tempoh seminggu yang lalu. Apabila saya mendapat tahu perkhabaran itu, saya hanya terima dengan hati terbuka. Ujarnya.

Ditanya mengenai perkembangan terkininya dalam industri seni, Datuk Hail mengatakan, dia kini masih lagi aktif menyanyi dan memenuhi undangan persembahan, namun ia tidaklah seaktif dulu.

Pasti anda juga tertanya-tanya, adakah Datuk Hail Amir ini merupakan bapa kepada penyanyi popular hari ini iaitu Hael Husaini. Jawapannya yang sebenar adalah tidak.

Hael Husaini adalah insan yang memiliki nama penuh Hael Husaini bin Ramzi, beliau merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Hael Husaini sebelum ini pernah menyertai rancangan nyanyian One In A Million sekitar tahun 2006, rancangan Mentor bersama dengan Jaclyn Victor dan pernah muncul sebagai penyanyi duo yang diberi gelaran Azhael bersama rakannya Azhar dalam rancangan akademi fantasia 2013.

Kemudian Hail Amir pula adalah Abdul Hail bin Amir yang merupakan seorang penyanyi kelahiran Pulau Pinang, beliau cukup dikenali dengan lagu popularnya Wajah Kesayangan Hamba dan pasti akan muncul wajah beliau ketika lagu raya bersama Uji Rashid didendangkan.

Lagu raya tersebut merupakan ‘signature’ buat dirinya dan menjadikan beliau kekal dikenali walaupun sudah 50 tahun berada dalam industri seni tanah air. Selain bidang nyanyian, bapa kepada empat orang anak ini juga terlibat dalam dunia lakonan filem. Antara filem lakonan beliau adalah Jiwa Remaja, Cinta dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu serta Anita Dunia Ajaib.

Berkongsi mengenai rekod pengalamannya dalam bidang seni, Hail kini telah terlibat selama 5 dekad lamanya dan peringkat awal beliau terlibat dalam bidang seni adalah sebagai seorang penari kebudayaan di Badan Budaya dibawah Kementerian Belia dan Suka pada era awal 70-an. Selepas daripada itu beliau mula dikenali sebagai pelakon dan penyanyi. Antara lagu solonya yang popular adalah Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Tanda Kasih dan Merpati Dua Sejoli.

Ternyata kedua-kedua figura ini tidak mempunyai talian keluarga namun mereka berdua sama-sama menjadi insan seni yang mengecapi zaman popularnya di era masing-masing. Hael Husaini masih kekal sebagai salah seorang penyanyi lelaki pujaan ramai ketika ini, beliau menjadi semakin menyerlah selepas beberapa tahun muncul sebagai salah seorang pencipta lagu tersohor yang kerap kali memenangi Anugerah Juara Lagu setelah kejayaan pertama Hael Husaini menerusi lagu Jampi.

Reply