no comments

Hafiz Mahamad Buat Ramai Sebak, Sanggup Terbang Dari KL Ke Kelantan Demi Sahabat Yang S4kit

Bak kata pepatah, bercinta biar satu, berkawan biar sejuta. Namun dalam berjuta kawan, tak ramai yang betul-betul jadi ‘sahabat’. Sahabat sejati yang sanggup susah dan senang sememangnya satu dalam berjuta. Punyai sahabat sebegitu adalah satu rahmat yang harus kita syukuri.

Bukan senang untuk melihat sahabat yang sanggup bersusah-payah demi memastikan kehidupan rakannya juga sama-sama berjaya ketika sahabat itu sudah berada di puncak kejayaan.

Demi sahabat baik – Hal ini dikongsikan sendiri seorang usahawan dan juga selebriti media sosial iaitu Hafiz Mahamad yang sanggup bergegas pulang ke tempat kelahirannya di Kelantan dari Kuala Lumpur setelah mengetahui rakan baik semasa kecil jatuh s@kit.

Menerusi perkongsian Hafiz di media sosial, dia memaklumkan telah meningg@lkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke Kelantan sejurus mengetahui rakan dan juga stafnya jatuh s4kit.

 

Sampai-sampai nampak sedang terlantar sakit- Sesampainya dia di rumah rakannya itu, Hafiz mendapati pemuda tersebut sedang terlantar sakit. Usahawan tersebut segera menggendong dan membawa rakannya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana dipercayai mempunyai stroke.

Baru seminggu datang KL- Menurut Hafiz dalam kapsyennya, sahabat dari kecil yang dikenali sebagai Loh itu merupakan seorang atlet judo dan pernah bersaing dalam SUKMA dan juga Sukan SEA.

Namun begitu, dia telah bekerja keras sehingga jatuh sakit sebelum ditawarkan bekerja dengan Hafiz seminggu yang lalu. Akan tetapi, sakitnya dilihat makin teruk dan dia meminta izin untuk pulang ke Kelantan beberapa hari lepas.

Anda lakukan yang terbaik buat sahabat- Buat masa ini, Hafiz menyatakan bahawa Loh sudah berada di dalam hospital bagi menerima rawatan. Di kesempatan itu juga, usahawan tersebut berjanji akan membiayai kos rawatan sahabatnya sehingga Loh benar-benar pulih.

Lantaran perkongsian itu, rata-rata warganet telah memuji tindakan Hafiz yang sangat prihatin dengan sahabatnya. Mereka juga sempat mendoakan agar Loh cepat sembuh dan mampu kembali bekerja seperti biasa.

Sahabat adalah mereka yang tetap ada walau seluruh dunia berkata kita tak lagi berharga. Semoga persahabatan itu kekal sampai syurga.

Reply