no comments

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Nyata Hasrat Letak Jawatan

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Nyata Hasrat Letak JawatanDatuk Seri Abdul Hadi Awang Nyata Hasrat Letak Jawatan

Bagi yang mengikuti perkembangan politik tanah air sudah pasti tahu mengenai kontroversi berkaitan lawatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran baru-baru ini.

Ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan menempelak lawatan yang dibuat oleh Presiden PAS itu.

Sedia Lepas Jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS)

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) berikutan kunjungannya ke Persidangan Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa di Tehran, Iran yang terus mendapat kecaman daripada beberapa pihak.

Abdul Hadi berkata penjelasan terperinci mengenai kehadirannya ke persidangan tahunan tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak kesatuan melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung, Prof. Dr. Ali Qaradaghi, empat hari lalu.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik TerengganuKini ketika menjawab soalan pemberita di kediamannya di Rusila, sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila hari ini.

Tonton Video KLIK SINI

Reply