no comments

Guru Perlu Membayar Cukai Pendapatan Sampingan Hasil Mengajar Tuisyen dan Pendapatan Lain – LHDN

Dulu Pak Menteri cadangkan untuk membuat dua kerja bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup tapi sekarang lain pula ceritanya bila buat dua kerja.

Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. Mereka mahukan duit lagi hasil titik peluh kita. Itulah kerajaan. Kutip cukai selagi boleh kutip untuk teruskan hidup.

Oleh Pejuang Pakatan…

Dah lama tak menulis. Kali ni nak menulis tentang cukai. Setelah setahun bekerja sebagai Kakitangan Awam (guru) maka menjadi kewajipan kita untuk membayar cukai. Walaupun selepas dibuat perkiraan, jumlah cukai yang kita kena bayar adalah sifar (RM0.00), tetapi jumlah pendapatan kita khasnya gred 41 dan ke atas mewajibkan kita berdaftar dengan LHDN. Jadi, daftar la dengan LHDN sebelum diambil tindakan. Saya dimaklumkan bahawa tarikh akhir untuk pendapatan 2009 dikira cukainya adalah 30 April 2010. Kelewatan membuat pembayaran, anda akan dikenakan penalti.

Baiklah, memandangkan orang seperti saya ni ialah kali pertama membayar cukai maka ada baiknya saya berkongsi pengalaman cara nak daftar. Ramai kat luar sana yang tak tahu. Jadi, pengalaman ni boleh memudahkan urusan kalian semua.

Dapatkan no. pin E-Filing. Nombor ini boleh diperolehi melalui laman web LHDN ataupun daftar di kaunter LHDN.
Dapatkan borang EC (Penyata Gaji Agensi Kerajaan). Biasanya borang ini akan dilengkapkan oleh kerani sekolah anda.
Pergi ke laman web LHDNM. Klik butang e-Hasil atau ke laman web e-hasil.
Klik Login Kali Pertama, masukkan no.pin dan no.pengenalan (semua no no akan diperolehi selepas langkah 1 selesai) untuk membuat pendaftaran Sijil Digital.
Klik Login e-borang. Pilih borang yang dikehendaki dengan klik login.
Isi borang dengan lengkap dan klik Tandatangan dan Hantar. Pengesahan Penerimaan akan dipaparkan. Sila cetak ataupun simpan pengesahan tersebut.cukar lhdn

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close