‘Gli’ Kucing Penghuni Hagia Sophia Dah ‘Pergi’, Rupanya Usia Hidupnya Sudah 16 Tahun
Hagia Sophia cat atau namanya Gli, merupakan kucing paling femes di Istanbul, Turki. Sering berkeliaran di kawasan sekitar Masjid Besar Hagia Sophia.
Kini, penghuni setia Masjid Hagia Sophia sejak sedekad yang lalu itu dilaporkan sudah ‘pergi’ buat selamanya.
Gli, kucing Hagia Sophia disahkan meninggal dunia pada usia 16 tahun. Kucing terkenal di dunia, yang merupakan sebahagian dari sejarah masjid ikonik.
Gli, yang berusia kira-kira (80 tahun pada umur manusia), telah mengasingkan diri dan menerima rawatan sejak jatuh sakit pada akhir September lalu sebelum disahkan mati.
Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya yang memuatnaik di laman Twitter peribadinya.
“Kucing Hagia Sophia, Gli, telah dirawat di klinik veterinar swasta (daerah Levent di Istanbul) sejak 24 September, malangnya meninggal kerana usia tuanya. Kami tidak akan melupakan kamu, Gli.”
Terdahulu, Hagia Sophia ini telah ditukarkan daripada Muzium kepada Masjid yang gah selepas 86 tahun. Walaubagaimanapun, kehidupan seekor kucing yang bernama Gli ini seperti biasa dan menjadi simbolik kepada masjid di negara tersebut.
Pemergiaan kucing ini mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.
View this post on Instagram
Kucing selebriti ini mempunyai lebih daripada 112,000 pengikut di Instagram dan telah tinggal di Masjid Besar Hagia Sophia sejak 16 tahun yang lalu. Dia paling terkenal dengan mata hijau berkilatnya yang besar. Di antara tokoh terkenal yang terpesona dengan kecantikannya adalah mantan Presiden A.S. Barack Obama, yang difilmkan membelai dia semasa perjalanan pada tahun 2009.