no comments

Gambar Isteri PM Singapura Bawa Dompet RM45 ke White House

Gambar Isteri PM Singapura Bawa Dompet RM45 ke White House

Ketika lawatan rasmi bersama suaminya ke White House kelmarin, isteri kepada Perdana Menteri Singapura menerima pujian ramai kerana dilihat hanya membawa sebuah dompet berharga S$14.80 (RM44.60).

“Dompet berukiran dinosaur itu hasil seni seorang pelajar 19 tahun, dan dibeli ketika menghadiri pertunjukan amal di Singapura”.

Dompet yang dikepit isteri kepada Lee Hsien Loong, ketika pasangan itu disambut secara rasmi oleh President Barack Obama dan isterinya Michelle Obama, merupakan antara yang dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.

Dompet yang dipegang Puan Lee menampilkan lukisan berbentuk dinosaur, dan merupakan hasil seni Seetoh Sheng Jie, 19, seorang pelajar yang sangat berminat dengan seni berkonsepkan haiwan purba itu.

“Kami teruja dan menganggap satu penghormatan melihat beliau membawa beg itu ketika lawatan rasmi,” kata pengarah pembangunan seni di Sekolah Pathlight, Loy Sheau-Mei, kepada The Straits Times.

Akhbar itu melaporkan Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.

Reply