no comments

Gambar Fitnah Rosmah Sandar Dada Sultan Pahang

Baru-baru ini beberapa keping gambar menjadi viral di media sosial menunjukkan aksi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat mesra dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Rosmah Mansor menjadi mangsa fitnah melalui penyebaran gambar menunjukkan beliau seakan-akan bersandar di dada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor menyangkal perkara itu dengan mengeluarkan sekeping gambar daripada sisi lain.

Rizal menggambarkan terdapat manipulasi sudut kamera menyebabkan Rosmah kelihatan berdiri terlalu rapat dengan sultan.

Daripada gambar itu, Rosmah sebenarnya berteleku di sebuah kereta di sebelah sultan Pahang dan tidak seperti digambarkan.

“Sekarang pak cik keluarkan gambar dari sudut lain. Kau orang tengoklah sendiri,” tulis Rizal di Facebook.

Datuk Seri Najib Razak turut sama dalam acara yang menyaksikan beliau dan isteri berpakaian sedondon kuning.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Rizal berkata pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan gambar berkaitan di Internet.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak kami ke atas pihak yang memuat naik dan menyebarkan gambar dengan tujuan mengaib, menghina dan memfitnah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang dan yang amat berbahagia isteri perdana menteri.

“Sehubungan dengan itu, perkara ini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close