no comments

[GAMBAR] CERPELAI TUMPANG TERBANG CURI PERHATIAN DUNIA

[GAMBAR] CERPELAI TUMPANG TERBANG CURI PERHATIAN DUNIA.png

[GAMBAR] CERPELAI TUMPANG TERBANG BURUNG BELATUK CURI PERHATIAN DUNIA

Heboh! dan menjadi tumpuan serata dunia apabila sekeping gambar yang memperlihatkan seekor Cerpelai kelihatan menumpang terbang bersama seekor burung belatuk. Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada 3 Mac mencuri perhatian semua sehingga menjadi viral di media sosial.

Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London Timur secara spontan berjaya merakamkan gambar menakjubkan itu pada Isnin.

Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park,  timur London untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok).

Seperti dilihat di dalam foto, walaupun dua jenis spesies haiwan ini kelihatan bermesraan berkawan dan terbang bersama. Namun, dipercayai mamalia kecil itu sebenarnya menerkam burung Belatuk itu untuk dijadikan mangsanya, burung itu kemudiannya terbang untuk melarikan diri. 

Belatuk itu berjaya melepaskan diri daripada cerpelai tersebut apabila jatuh tidak jauh daripada pasangan berkenaan.

Kehadiran Le-May dan isterinya telah menakutkan cerpelai tersebut dan burung itu menggunakan kesempatan itu untuk melepaskan diri dan terbang kembali. – Astro Awani




Sabrina Madagascar

 

Anda kenal menatang ini ?

Reply