Gambar anak Mark Zuckerberg dapat dua juta like di Facebook
Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg memuat naik beberapa gambar yang memaparkan bayi perempuan dan anjing peliharaan mereka memakai kostum watak dalam filem sains fiksyen popular, Star Wars.
Beliau berkongsi gambar anak perempuannya, Maxima dan anjing mereka yang memakai kostum Jedi Knight bersama senjata laser.
“Haiwan ini kini memihak kepada kejahatan,” katanya dalam keterangan pada gambar anjing peliharaannya yang merupakan baka Sheepdog.
Setakat ini, gambar anaknya yang berusia tiga minggu dan dikelilingi anak patung Chewbacca, Darth Vader dan BB-8 itu menerima hampir dua juta like selepas dimuat naik di Facebook pada Jumaat lalu.
Zuckerberg, 31, dan isterinya, Priscilla Chan, 30, menimang cahaya mata mereka yang pertama, awal bulan ini. – Agensi