Gadis Cantik Ini Nekad Selamatkan Si Bulus di Tengah Jalan. Bila Bawa Balik Ini Yang Terjadi
Sebut sahaja kucing pasti ramai yang menyukainya terutama buat pencinta haiwan. Tidak dinafikan bahawa kucing adalah termasuk dalam haiwan yang istimewa di dalam Islam kerana ia merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi.
Ramai orang yang masih merasa takut untuk membela kucing kerana dikhuatiri membawa keburukan kepada kesihatan. Namun, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya mempunyai kegunaannya masing-masing sama seperti halnya dengan kucing.
Ada orang yang suka membela kucing dan menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan di rumah mereka. Mereka menjaga dan membelai kucing ini seikhlas hati dan menjadikan ia binatang yang disayangi.
Namun, ada juga kucing terbiar diluar sana yang tiada penjaga dan mereka hidup sendiri dengan mencari makanan sendiri tanpa siapa yang memberikan makanan. Ada yang kelaparan dan jatuh sakit kerana tidak dipelihara dengan baik.
Bercakap mengenai kucing terbiar, baru-baru ini viral video seorang gadis yang menyelamatkan seekor kucing terbiar yang berkeliaran di tengah-tengah jalan raya besar.
Kisahnya bermula apabila gadis cantik ini sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan tiba-tiba dia terlihat seekor anak kucing yang tiada hala tuju berada di tengah jalan.
Dek kerana risaukan akan keselamatan kucing tersebut, gadis ini bertindak turun dari kereta dan membawa kucing tersebut ke dalam kereta menuju ke pejabat tempat gadis tersebut bekerja bersamanya.
Apabila diambil di tengah jalan anak kucing tersebut dikatakan kelihatan takut sehingga menggigil.
Sebaik sahaja sampai di pejabat, gadis itu terus memandikan anak kucing itu dan memberikan sedikit wet food dan air kerana katanya anak kucing yang diambilnya itu kelihatan lapar dan terlalu haus kerana cuaca yang panas di luar.
Anak kucing jantan itu juga diberi nama Susano dan lebih mɛsra dipanggil Sano oleh tuannya. Sano dikatakan sangat manja dan c0mel. Kɛhadiran dirinya di pejabat gadis itu juga disɛnangi ramai.
Sano juga akan dibawa ke tɛmpat kerja gadis tersebut pada setiap hari dan disimpan di dalam sangkar bɛserta bɛkas pasir dan bekas makanannya. Sano kɛlihatan sɛmakin gɛmbira berada di sisi gadis tɛrsebut.
Video asal menyɛlamatkan Sano yang bɛrdurasi selama 20 saat itu telah mɛndapat tontonan sebanyak 2.4 juta kali, 290.3 ribu like, 3095 komɛn dan 1549 pɛrkongsian.
Melihat ke ruangan komen, ramai yang mɛngucapkan terima kasih dan syabas kɛpada gadis tersebut kerana telah mɛnyelamatkan nyawa Sano dan mɛnjaganya dengan baik sɛkali.
Mereka turut mɛndoakan agar gadis tersebut dipɛrmudahkan urusan dan dimurahkan rɛzeki.
Wargamaya juga sɛmpat memuji gelagat comɛl Sano. Tak puas mɛlihat Sano mɛnerusi sebuah video sahaja, wargamaya mɛminta agar gadis tersɛbut sɛntiasa update tentang Sano.
Nak tengok budak bulis ni grow up boleh tak?
Saya suka tengok orang selamatkan kucing
Semoga murah rezeki
Berdasarkan pemerhatian melalui komen-komen netizen di video itu, kelihatan ramai gembira dan senang dengan tindakan gadis cantik ini. Tidak ramai yang sanggup melakukan perkara seperti gadis ini lakukan.
Jadi, ramai yang sokong dan mendoakan semoga urusan gadis ini dipermudahkan. Diharap ramai lagi orang di luar sana yang peka dan menyayangi haiwan seperti gadis ini menyayangi Si Sano ini. Walaupun dia tidak mengenali kucing ini tetapi dia sanggup menyelamatkan kucing ini di tengah jalan. Dia telah merisikokan dirinya hanya semata-mata untuk menyelamatkan anak kucing itu.